Dah lama aku mendengar tentang Tutti Frutti tapi tidak pernah merasai kenikmatannya. Hari ini kami dalam perjalanan pulang ke Melaka, singgah di rumah Sharif di Kuarters Pegawai di Kompleks Kastam di Kelana Jaya untuk menjemput Alim pulang bersama.
Miza meminta untuk menikmati Tutti Frutti. Tak sampai hati pulak sebab Miza akan tinggal lagi di rumah Sharif bersama anak-anaknya.
Jam 4.00 petang kami ke Tutti Frutti Kelana Jaya. Selain Miza, Alim dan anak-anak Sharif iaitu Hana, Durrah dan Omey, Arif pun ikut sekali tetapi Ifa tidak kerana ingin mengikuti siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Johor. Masing-masing memilih perisa kegemarannya.
Macam-macam perisa yang ada. Kemudian boleh tambah topping. Kalau nak pilih boleh surf kat website Tutti Frutti. Selepas memilih yogurt dan perisa yang disukai, elok ditambah topping seperti buah-buahan dan coklat berwarna-warni.
Lebih kurang sejam kami di sana, akhirnya kami singgah semula di Kuarters Pegawai, Kompleks Kastam untuk menghantar Miza, Hana, Durrah dan Omey. Kami dihidang minuman petang sebelum bertolak balik ke Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan