Ahad, Disember 04, 2011

Jamuan Sempena Persaraan TKP

Rabu, 16 November 2011. Hari ini Cik Siti Noor Kiah, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTeM bermurah hati untuk menjamu semua staf perpustakaan dan juga bekas staf yang pernah bekerja dengan beliau di Perpustakaan UTeM.

Minggu ini adalah minggu terakhir beliau bertugas di UTeM. Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan staf dan juga tanda terima kasih, Cik Siti Noor Kiah mengadakan jamuan sempena persaraan beliau.

Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari. Lokasinya ialah di ruang kerja Unit Perolehan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman Amir. Kemudian ucapan perpisahan daripada Cik Siti Noor Kiah disusuli dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pustakawan.

Cik Siti Noor Kiah mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh staf sepanjang tempoh beliau berkhidmat di UTeM dan berharap staf dapat meneruskan usaha mereka dalam memajukan UTeM khususnya perpustakaan.

Cik Siti Noor Kiah kemudian menyampaikan cenderamata berupa surah Yassin buat semua staf melalui ketua unit masing-masing.

Lebih kurang pukul 1.10 petang, semua staf dijemput menikmati jamuan perpisahan sempena persaraan Cik Siti Noor Kiah.

Buat Cik Siti Noor Kiah, kami mengucapkan terima kasih di atas jamuan yang diberikan. Semoga bertambah rezeki lagi...Amin!
































































Menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Rohana Atan

Pada hari Sabtu, 12 November 2011, aku sekeluarga sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan Puan Rohana Atan, iaitu staf Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam)di Felcra Bukit Sedanan, Selandar. Ini merupakan kali kedua beliau menjemput kami ke majlis perkahwinan bagi mengahwinkan anak perempuan beliau, Izwanis dengan pasangannya Shahril.

Kami sampai lebih kurang jam 1.15 tengah hari. Setelah bersalaman dengan suaminya, kami menjamu selera. Selang beberapa minit, YB Datuk Hj. Abd. Wahab bin Abd. Latip, Pengerusi Perpustam sampai dan menyapa aku. Aku membalasnya tetapi tidak sempat bersalaman kerana beliau faham ketika itu aku sedang menjamu selera. Majlis ini nampak sedikit lengang kerana mungkin tuan rumah menggunakan perkhidmatan katerer dan tidak seperti kebiasaannya secara bergotong-royong.

Sebenarnya aku berbangga dengan beberapa orang staf Perpustam ni bukan apa, walaupun jawatan mereka rendah, dari segi pendidikan anak-anak mereka utamakan. Sebagai contoh, Puan Rohana Atan, anak perempuan beliau khabarnya kini menjadi jurutera. Satu lagi, mereka amat menghormati staf lain khususnya pegawai dalam organisasi mereka.

Pukul 2.45 petang, kami bersalaman sebelum meninggalkan majlis tersebut.













Ifa Terima Sijil Kecemerlangan

Pada 11 November 2011, Ifa menerima sijil, cenderamata dan plak daripada Puan Zuriana bt. Zakaria, Guru Besar SRA Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka.

Ini adalah kerana beliau merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 2010. Selain daripada mendapat keputusan cemerlang, beliau juga merupakan salah seorang pengawas di sekolah tersebut.

Pada 21 November 2011 pula, Ifa sekali lagi menerima sijil pengawas daripada SJKC Keh Seng berserta cenderamata. Ini adalah kerana Ifa sudahpun menjadi pengawas sekolah sejak 3 tahun yang lalu.

Semoga Ifa akan terus berjaya dan cemerlang di dalam apa jua bidang diceburinya.