Rabu, September 29, 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri UTeM - Persiapan Gerai

Isnin, 27 September 2010. Sedang aku sibuk melayari internet untuk mencari maklumat tentang pembacaan buat menyiapkan teks ucapan pada Majlis Bicara Tokoh nanti, tiba-tiba telefon berdering. Fendi, rakan sekerja di Unit Pentadbiran memaklumkan satu perbincangan akan diadakan pada jam 10.30 pagi berkenaan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat universiti yang akan diadakan pada 29 September 2010.

Pukul 10.30 pagi, perbincangan dimulakan. Seperti tahun-tahun lepas aku ditugaskan sebagai Jawatankuasa Sambutan tetapi tidak pada tahun ini. Aku ditugaskan untuk Jawatankuasa Keceriaan. Satu cabaran buat aku di mana tugasan ini menuntut kerjasama padu dan masa yang panjang daripada setiap ahli. Senarai ahli diedarkan.

Petang itu, pukul 2.30 petang, kami bermesyuarat. Berbagai pendapat dan pandangan diluahkan terutama yang berkaitan dengan konsep gerai dan tempoh masa yang singkat untuk membuat persiapan. Setelah perbincangan berjalan hampir setengah jam, akhirnya kami bersetuju mengangkat konsep kampung sebagai tema gerai kami.

Selasa, 28 September 2010. Pukul 10.30 pagi, kami dalam Jawatankuasa Keceriaan mengadakan perbincangan sekali lagi dan melihat persediaan untuk dibawa ke gerai. Setelah aku berpuas hati dengan hasil perbincangan, akhirnya kami berjanji untuk berjumpa di gerai pada jam 3.00 petang.

Petang itu sewaktu tiba di gerai, kami lihat staf setiap jabatan sudah memulakan persiapan menghias gerai. Fikir aku, ini boleh membakar semangat kerja kami....Masing-masing cuba mengeluarkan idea bagaimana nak menghiaskan gerai mereka. Akhirnya sampai waktu balik, sesetengah staf terus pulang. Fikir aku mungkin mereka ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga mereka.

Namun begitu ada juga rakan-rakan yang setia menunggu dan menyumbang idea serta tenaga sehingga matahari terbenam. Dan malam itu juga kami 'open table' sebagai menghargai penat lelah rakan-rakan yang sama-sama bertungkus-lumus menyempurnakan misi kami pada petang itu.

Buat rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan idea, terima kasih dariku dan aku berharap semoga misi kita kali ini berjaya....

Amin...













Sabtu, September 25, 2010

Siapakah Maher Zain?

























Peminat nasyid kini dilanda tsunami Maher Zain. Setelah berkali-kali mendengar lirik lagu ini dalam IKIM.fm, aku cuba mencarinya dalam internet. Hmm... jumpa jugak.

Siapakah Maher Zain?

Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung 'Thank You Allah' mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet dan di radio.

Pernah tercatat di kedudukan nombor 1 carta Amazon's World Music dan nombor 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan soldout pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Insya-Allah, Maher Zain akan membuat persembahan di Malaysia.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan aeronautik.

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian mereka berpindah ke New York. Selama beberapa tahun berada di tengah-tengah kesibukan kota New York, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar“.

Secara serius, aku jarang mendengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Yusof Islam. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakan suara dia ni.

Secara amnya konsep yang dibawa dalam album ini lebih kepada berbentuk islamik. Tidak boleh nak dibandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu.

Kebanyakan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh hati dengannya....









http://www.facebook.com/MaherZain

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Songs: Insha Allah, Allahi Allah Kiya Karo, Ya Nabi Salam Alayka, Palestine Will Be Free, Always Be There, Thank You Allah, Never Forget, Hold My Hand, Awaken, The Chosen One, Insha Allah (Arabic Version), Insha Allah (French Version)and Baraka Allahu Lakuma.


Insya Allah



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما

Raya Lagi...

Hari ini dah masuk hari ke-16 umat Islam menyambut Aidilfitri. Semalam, rakan seunit, Ahmad Abu Bakar menjemput ke rumah terbukanya di Taman Pusaka, Ayer Molek, Melaka.

'Jemput tak ramai...keluarga dan rakan-rakan seunit sahaja." katanya perlahan.

'Insya-Allah...', balas aku sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Pukul 3.00 petang, sebaik pulang dari menghadiri Festival Membaca 2010, aku dan Miza, anak perempuan aku singgah di rumah beliau. Tetamu yang aku kenali sewaktu tiba ialah Mi Azian bersama emak dan adik perempuannya, Nor Ridzuan, Suhaizri dan Shazley.

'Jemput masuk...', pelawa Ahmad sebaik beliau selesai menunaikan solat.

Secara kebetulan perut aku kelaparan kerana tidak berkesempatan untuk makan tengah hari setelah selesai mengemaskini blog.

'Ramai ke yang dah sampai?,' tanya aku.

'Belum ramai lagi...', balas beliau.

Kami dihidangkan nasi himpit, rendang ayam, laksa dan cendol. Ada juga kuih-kuih raya disediakan dalam bekas lutsinar buat kudapan tetamu.

Beliau menyatakan hajatnya nak menjemput semua rakan-rakan tetapi ada kekangan lain menyebabkan beliau membuat jamuan ala kadar sahaja.

Setelah hampir setengah jam menjamu selera, aku meminta diri untuk pulang sewaktu hujan mulai gerimis.

Buat Ahmad sekeluarga, terima kasih daun keladi...

Dan pada sebelah malam, aku sekeluarga berkunjung ke rumah adik aku, Zamri di Rumah Awam Bukit Beruang. Sepanjang perjalanan aku lihat beberapa buah rumah turut mengadakan rumah terbuka untuk tetamu masing-masing.

Pukul 8.50 malam kami sampai di rumah Zamri. Kebetulan Amir sekeluarga dan Mak Bedah turut bersama dalam majlis tersebut. Nizam dan anak-anaknya turut hadir. Ramai juga rakan-rakan sekerja Zamri berbangsa Cina memeriahkan majlis rumah terbuka beliau.

Tiga hari lalu, Zamri kemalangan bila mana sebuah kereta yang mengundur tiba-tiba melanggar belakang motor yang diboncengnya sewaktu nak ke warung untuk makan tengah hari. Aku tidak sempat menjenguknya tetapi sempat bertanyakan khabar melalui telefon.

Akibat kemalangan itu, dia cedera di kaki dan mendapat 6 jahitan. Setelah doktor melakukan x-ray, Zamri bernasib baik tidak mengalami kecederaan dalaman. Aku mengambil kesempatan ini untuk melawat beliau yang mendapat cuti sakit selama seminggu.

Majlis rumah terbuka ini menyediakan hidangan seperti nasi himpit, rendang, mee kari, sate dan kuih-muih. Sambil makan, aku berbual dengan Mak Bedah dan juga Wan, anak Kak Marina. Macam-macam isu.

Hampir jam 11.00 malam, kami sekeluarga meminta diri untuk pulang.







Festival Membaca 2010 - Rangkuman Aktiviti

Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM hari ini mengadakan aktiviti Jumble Sale, Spell It Right, Pertandingan Mewarna, Bijak Jawi dan Buku Kegemaran Saya. Aktiviti ini mendapat sambutan daripada peserta. Semua aktiviti bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.15 pagi.

Semalam telah diadakan aktiviti Hari Bertemu Pelanggan yang bertujuan membantu pengguna yang ingin bertanyakan tentang perkhidmatan perpustakaan. Di samping itu aktiviti Jumble Sale juga turut diadakan. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam pada aktiviti tersebut.