Isnin, Oktober 22, 2012

Lawatan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam

Hari ini Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kunjungan para pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat (FKM), UiTM Shah Alam.


Seramai 30 orang pelajar Semester 5, Kursus IML 603 – Planning and Design of Information Centre bersama Pensyarah Kanan FPM, Encik Mohd Zaihan Hussin sebagai pengiring tiba di perpustakaan pada jam 10.00 pagi.

Objektif lawatan ini ialah bagi memenuhi syarat kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus tersebut di samping menimba pengetahuan tugas-tugas yang dijalankan oleh sesebuah perpustakaan akademik.

Para pelajar dibawa ke Bilik Tayangan, Aras 2 dan diberikan taklimat mengenai perpustakaan. Taklimat disampaikan oleh Puan Mez Zelina Yusof, Pustakawan di Bahagian Rujukan.

Sebaik selesai taklimat, diadakan perkongsian pengalaman oleh pustakawan kepada para pelajar sebagai persediaan apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Di antara pustakawan yang terlibat dengan perkongsian pengalaman ini ialah Puan Mez Zelina sendiri, Encik Mohd Razif dan Encik Harulrizam.

Kemudian para peserta lawatan dibawa melawat ke bahagian-bahagian perpustakaan seperti Bahagian Perolehan, Bahagian Pengindeksan, Bahagian Rujukan, Bahagian Sirkulasi dan juga ruang-ruang perkhidmatan di perpustakaan.

Lawatan berakhir pada pukul 1.30 petang.























Sekitar Majlis Konvokesyen Ke-8 UTeM


 Info Majlis Konvokesyen Ke-8 UTeM

 Graduan:
Jumlah graduan : 1,862 orang
PhD : 2 orang
Master : 178 orang
Sarjana Muda: 1,365 orang
Diploma: 317 orang.
Jumlah graduan yang telah dihasilkan sehingga kini : 10,620 orang.

Penerima Ijazah Kehormat:
Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan : Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan.
Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pendidikan Teknologi Maklumat : Dr. Ir. Edi Noersasongko.
Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan : Dato' Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.


Berikut beberapa foto yang sempat diabadikan sempena Majlis Konvokesyen Ke-8 UTeM.

 Suasana di dalam Dewan Besar UTeM semasa taklimat kepada bakal graduan pada 19 Oktober 2012.

Sebahagian graduan mendengar penjelasan daripada wakil universiti tentang peraturan berpakaian semasa majlis konvokesyen nanti.

 Berdiri menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan UTeM Terbilang.

 Persediaan para graduan di khemah yang disediakan.

 
 Bertugas sebagai Pepandu Graduan bersama Razif.

 Tugas Pepandu Graduan memastikan pergerakan graduan dari khemah persediaan hingga menaiki pentas teratur dan tertib.

 Buku Program Majlis Konvokesyen Ke-8, UTeM.

 Khairul Nabilah Zainul Ariffin, wakil pelajar memberikan ucapan di pentas.

 Ucapan wakil pelajar yang sungguh menyentuh perasaan sedang berlangsung.

 Khairul Nabilah Zainul Ariffin, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja.

 
 Pingat emas yang diterima Khairul Nabilah berserta sijil penghargaan dan cek RM1,000.00

 Sebahagian graduan bersedia untuk keluar dewan.

Dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja, dari kiri Loganesh A/L S. Sivabalan, graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan Khairul Nabilah Zainul Ariffin, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) bersama anugerah yang diperolehi nya.

 Suasana di luar dewan graduan bersama ahli keluarga mereka meraikan kejayaan mereka.

 Sesi seterusnya pada sebelah petang, persediaan graduan sebelum masuk ke dewan.

 Graduan berjalan mengikut tanda yang disediakan setelah menerima ijazah daripada Tun Canselor.

 Graduan berjalan mengikut tanda yang disediakan.

 Kadangkala bila terlalu lama menunggu majlis selesai, ada ibu bapa yang terlelap sebentar.

 Berdiri menghormati lagu Negaraku dinyanyikan.

 Graduan bergembira bersama rakan-rakan mereka.

Ahad, Oktober 21, 2012

Mengunjungi Arif Di Asrama

 Sebaik tugas sebagai pepandu graduan Majlis Konvokesyen Ke-8 UTeM selesai, kami sekeluarga segera mengunjungi Arif di asrama. Sudah dua minggu Arif tidak pulang ke rumah dan pagi tadi Arif menghubungi Ida meminta dibelikan beberapa barangan keperluan yang sudah kehabisan.

Dalam hujan gerimis, kami bergerak menuju SBPI Selandar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari UTeM. Sebaik sampai, aku meminta seorang pelajar memaklumkan kehadiran kami sekeluarga kepada Arif di biliknya.

Sebenarnya hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku dengan Ida. Sudah 17 tahun kami mendirikan rumah tangga dan kami amat bahagia dengan 4 orang putera puteri ini.

Jadi, petang ini kami hanya ingin meraikan hari ulangtahun perkahwinan ini bersama semua anak-anak kami walaupun sekejap.

Lebih kurang 40 minit kami bersembang dan makan-makan, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang dan memberikan laluan kepada Arif untuk bersiap ke surau.


 Sekeluarga menikmati makanan segera.

 Hilang rindu pada Arif.

 Arif menikmati burger.

 Alim dengan ayam gorengnya.

 Makanan yang dipesan oleh Arif manakala yang lain turut menumpang sama.

 Mengabadikan foto bersama Arif dan Alim.

Arif, Alim dan Miza.