Selasa, Jun 14, 2011

Sesi Perjumpaan Dengan Guru Sekolah Agama

Selasa, 14 Jun 2011. Jam 3.00 petang aku ke SRA Jalan Datuk Palembang. Hari ini ada sesi perjumpaan dengan ustazah untuk mengambil rekod kemajuan murid. Ibu bapa dijemput hadir ke sesi berkenaan untuk mendapat laporan kemajuan pelajaran anak-anak mereka. Miza dan Alim menunggu aku kerana jika cepat ibu bapa hadir, lebih cepat mereka dapat pulang ke rumah. Komen-komen daripada para ustazah adalah seperti berikut:



Komen Ustazah Khairunnisa, Guru Kelas 2 Abu Bakar

Miza mendapat markah A dalam semua subjek kecuali Sirah dan Tafsir mendapat markah B. Kedudukan dalam kelas merosot kepada tempat ke-14 daripada 36 orang pelajar berbanding tahun 2010.

Dari segi sikap, komen ustazah, Miza seorang yang baik dan rajin. Mungkin beliau kurang berusaha.



Komen Ustazah Nor 'Ain, Guru Kelas 1 Abu Bakar

Alim mendapat markah A dalam Jawi dan Al-Quran. Lain-lain beliau mendapat markah B. Kedudukan Alim di dalam kelas ialah tempat ke-32 daripada 42 orang pelajar. Ini kerana markahnya tidak mencukupi disebabkan tidak hadir menjawab 2 kertas peperiksaan kerana demam.



Dalam ujian pelarasan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka, prestasi Alim lebih baik. Alim mendapat A dalam Pendidikan Islam, Al-Quran, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab tetapi mendapat B dalam Ilmu Syariah. Kedudukan di dalam kelas ialah tempat ke-12 daripada 42 orang pelajar.

Komen guru lagi di dalam buku rekod kemajuan murid, ialah pencapaian yang memuaskan, perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

Dari segi sikap, komen ustazah, Alim budak pandai tetapi perlu lebih berusaha.

Pukul 4.10 petang, sebaik selesai, aku terus menghantar keduanya ke rumah atuknya untuk mengaji.

Sesungguhnya aku memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak belajar asalkan mereka tahu kepentingan agama sebagai bekalan dalam kehidupan mereka.

Isnin, Jun 13, 2011

Jam Tangan Baru


Semalam juga kami ke Jusco selepas menghadiri majlis perkahwinan Yusof. Arif kata nak beli barang-barang keperluannya sebelum balik ke asrama. Semalam merupakan hari terakhir promosi harga istimewa di Jusco. Aku mengambil kesempatan membelikan 2 utas jam tangan untuk Arif dan Ifa.


Seperti dijanjikan, aku membelikan jam berjenama Polo Club dengan diskaun 70% dan ternyata ianya berbaloi. Aku mengharapkan kedua putera dan puteriku ini dapat menghargai masa.

Majlis Perkahwinan Yusof & Leeya


12 Jun 2011. Hari ini aku sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan Yusof, staf Perpustam di Kampungku Sayang, Bukit Piatu, Melaka.


Yusof, merupakan staf Ida dan beliau berkahwin dengan Leeya, seorang jururawat yang berasal dari Kelantan.























Pukul 2.30 petang, kami sekeluarga sampai. Ramai staf Perpustam yang aku temui dan kami bersalaman.


Rombongan pengantin perempuan sampai lewat. Pukul 2.45 petang, kedua mempelai diarak ke pelamin.


Sama cantik dan sama padan.


Bunga telur di majlis berkenaan.


Miza dan Alim.


Selain kami sekeluarga, seorang staf Perpustam, Muhammad Zaidee Daut yang tiba lewat duduk semeja menjamu selera. Kami berbual isu semasa dan keluarga masing-masing.


Rombongan dari Kelantan.


Pulut kuning dihiasi udang goreng.


Kedua mempelai menjamu selera.


Pihak sebelah perempuan turut menjamu selera. Kami beredar sekitar jam 3.30 petang. Semoga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Rabu, Jun 08, 2011

Cenderamata Hari Lahir

Sewaktu balik dari Bengkel ePrints di Universiti Utara Malaysia, aku dimaklumkan oleh Setiausaha Kelab Staf Perpustakaan UTeM (Listac), Siti Norhashimah menerusi Facebook bahawa ada 'ikan' di atas meja.



Almaklumlah baru pulang dari Kedah dan teringat ikan pekasam yang rakan-rakan setugas beli di Pasar Rabu. Di dalam fikiran siapa pula yang meletakkan ikan di atas meja aku, sudah tentu berbau nanti. Pada fikiran aku, mungkin ikan kering. Ada kalanya staf yang outstation sama ada pergi bercuti, berkursus dan sebagainya membawa pulang ole-ole dan mereka meletakkan di atas meja.

Sebelah petang, aku ke ofis. Minta Arif pergi ke meja untuk mengambil pas pekerja aku dan 'ikan'. Sebaik Arif memasuki kereta dia menunjukkan 'ikan' dan aku tergelak sendirian bila melihat 'ikan' yang dimaksudkan ialah cenderamata kecil berupa pasu dan replika ikan di atasnya dan ucapan hari lahir.



Terima kasih buat Listac khususnya Pengerusinya, Encik Mohd Nasir Hashim dan jawatankuasa beliau di atas idea kreatif ini. Sekurang-kurangnya ia akan dapat menambah koleksi cenderamata aku di ofis.

Ikan Bakar Crystal Bay, Alai

Selasa, 7 Jun 2011. Hari ini aku tidak bekerja. Pukul 10.00 malam, setelah menjemput Ifa dari tuisyen, kami ke Medan Ikan Bakar MBMB di Crystal Bay, Alai. Dah lama kami tidak ke sana. Lagipun aku mengambil kesempatan ini untuk meraikan hari lahir aku yang sepatutnya disambut pada 22 Mei yang lalu. Pelbagai makanan laut dipesan oleh Ida.


Kupang.


Sotong goreng.


Ketam goreng.


Udang goreng.


Pari goreng.


Ikan bakar.


Ida melayan anak-anak.


Ifa.


Arif.


Sampai bersilang tangan...


Alim suka ikan pari goreng...


Miza, orang paling happy dapat makanan laut ni..


Ada juga otak-otak..


Minuman apa ya? Yang ini Arif yang pesan.


He..he..yang ini aku ler. Anak-anak happy dapat makan makanan laut. Sesekali dapat berkumpul memang seronok, terutama cuti sekolah.

Singgah di Pekan Rabu, Alor Setar


Pasar Rabu dari tempat letak kenderaan.


Pemandangan di atas jejantas sewaktu kami melangkah kaki ke Pasar Rabu.


Pasar Rabu Alor Setar.


Deretan kedai di kompleks perniagaan ini menggamit pengunjung melihat apa perniagaan yang dijalankan.


Sebahagian daripada pengunjung yang berkunjung ke Pasar Rabu. Hampir keseluruhan peniaga di sini adalah orang Melayu.


Ikan-ikan pekasam dipamerkan di dalam bekas plastik di hadapan gerai.


Mohd Rashid dan Muaat memilih ikan pekasam yang diingini mereka.


Pekedai ini sedang mencedok ikan pekasam untuk dibungkus.


Di gerai ini, rakan-rakan membeli ikan pekasam untuk bekalan pulang nanti.


Rakan setugas, Rasida dan Norlian turut mencari buah tangan untuk dibawa pulang.


Pemandangan dari tingkat atas Pasar Rabu di mana disediakan gerai-gerai makan di tingkat bawah kompleks berkenaan.


Di Pasar Rabu juga banyak kedai-kedai menjual pakaian.


Rakan-rakan memesan makanan mengikut selera masing-masing dan aku memilih nasi ayam sahaja.


Pukul 6.40 petang, sebelum bertolak balik kami sempat menikmati makan malam di salah sebuah gerai makan di tingkat bawah Pasar Rabu.


Pemandangan dirakam sewaktu berada di atas jejantas berhampiran Pasar Rabu, Alor Setar.


Aku membeli buah-buahan sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Kami singgah di R&R Juru, Sungai Perak dan Seremban sebelum tiba di Melaka pada jam 3.45 pagi.