Rabu, Julai 13, 2011

Sukan Staf Universiti Malaysia Ke-36

Kejohanan Sukan Staf antara Universiti-Universiti Awam Malaysia atau singkatannya SUKUM merupakan satu temasya sukan tahunan antara IPTA di Malaysia. Pada tahun ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih sebagai penganjur kejohanan kali ke-36 yang berlangsung dari 8 hingga 17 Julai 2011.



Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian di dalam temasya sukan ini iaitu, KPT, UTeM, USM, UM, UKM, UPM, UTM, UUM, UiTM,UIAM UNIMAS, UMS, UPSI, USIM, UMT,UTHM, UMP, UNIMAP, UNISZA, UMK dan UPNM.



Sejumlah 21 acara dipertandingkan iaitu bolasepak senior, bolasepak veteran, sepaktakraw senior, bola jaring senior, tenis campuran, badminton, bola tampar, boling padang, tenpin bowling, karom, olahraga, ping pong, futsal, berbasikal dan sukan dart yang melibatkan penyertaan dari golongan wanita.



Para peserta mula mendaftarkan diri pada temasya sukan ini pada hari Jumaat, 8 Julai 2011 dan pertandingan berlangsung dari 9 Julai hingga 17 Julai 2011. Majlis perasmian diadakan pada hari Selasa, 12 Julai 2011, majlis makan malam pula pada 13 Julai 2011 dan majlis penutup akan diadakan di Dewan Besar UTeM pada hari Ahad, 17 Julai 2011.























Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SUKUM Ke-36, sila klik di sini.





















Maskot SUKUM Ke-36, Dak Pelanduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan