Hari Ahad, 16 September 2012 merupakan cuti hujung minggu dan juga sambutan Hari Malaysia.
|
Bastion House
|
Seperti dijanjikan, pada sebelah petang, aku membawa anak-anak ke Bastion House, Jalan Kota, Melaka untuk melihat pameran
Petronas StreetSmart yang berlangsung dari 1 September 2012 hingga 31 Januari 2013. Pameran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Kami sampai lebih kurang pukul 4.15 petang. Ifa, Miza dan Alim sungguh teruja untuk melawat pameran ini bila melihat
bunting yang dipasang pada tiang lampu di sekitar bandar raya Melaka.
Petronas StreetSmart yang digerakkan oleh Petrosains merupakan salah satu program utama kemasyarakatan oleh Petronas yang mula diadakan semenjak tahun 2001 bertujuan untuk melibatkan dan mendidik orang awam khususnya pelajar sekolah tentang isu-isu keselamatan jalan raya dengan memfokuskan kepada kesedaran sains dan pendidikan.
Pelbagai bahan pameran dipamerkan. Ianya menarik minat pengunjung untuk mencubanya secara simulasi. Selain itu ada juga beberapa
aktiviti menguji minda disediakan.
Kami beredar pada jam 5.30 petang apabila Petronas StreetSmart hampir ke penghujung waktu pembukaannya.
waaa....best nya...tak pernah pergi pun tempat ni...
BalasPadamBoleh cuba, ada masa lagi...
BalasPadam