Sabtu, September 01, 2012

Mengunjungi Rumah Terbuka Keluarga Yunus

Jam 2.00 petang, setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan anak Dato' Prof. Dr. Abu Abdullah, kami sekeluarga bersama Mak Uda bergerak menuju ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Arif dan Ifa tidak bersama kami ke majlis rumah terbuka Yunus.



Disebabkan menghadiri rumah terbuka ini, dua jemputan rumah terbuka Abu Hassan di Tanjung Bidara dan Nik Syukran di Bachang terpaksa dilepaskan.



Jam 4.00 petang kami sampai di Kondominium Bukit Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Nak masuk kondo ni bukan main susah lagi. Dahlah pengawal keselamatan kebanyakannya berbangsa asing, kebenaran masuk ke kondo juga ketat. Pengunjung perlu mendaftar diri di pondok pengawal. Satu penanda sebesar kertas A4 diberikan untuk dipaparkan di atas dashboard kereta.



Setelah selesai, kenderaan dibenarkan masuk dan parkir di aras yang telah dimaklumkan. Melalui walkie-talkie, seorang pengawal keselamatan sudah berada di petak tersebut dan membawa pengunjung ke bangunan yang dinyatakan.



Kami menaiki lif kerana rumah Yunus berada di Tingkat 22. Sesampainya kami, keluarga Haji Aziz dan keluarga Zaki ada di sana. Kami bersembang hal-hal keluarga dan makan-makan sehingga jam 7.00 malam.



Hampir Maghrib, kami singgah di rumah Farok di Putra Heights sebelum bergerak balik ke Melaka pad jam 10.00 malam.


2 ulasan: