Dalam kesibukan tetamu berkunjung ke rumah, bersalam-salaman dan mensucikan hati, tidak sangka ada perkara sebaliknya berlaku.
PSP kepunyaan Arif yang dibeli pada tahun 2008 sempena kejayaannya dalam UPSR hilang.
Menurut Arif, dia mengesyaki satu keluarga daripada beberapa keluarga yang datang. Keluarga ini keluarga baik tetapi anaknya memang 'panjang tangan'.
Banyak kes di kampung ini melibatkan kehilangan wang dikaitkan dengan anaknya tetapi sayangnya bapanya tidak dapat mengesan perbuatan anaknya itu. Bapa ini agak garang dan jika beliau mengetahui perbuatan nakal anaknya ini, sudah pasti anaknya itu akan kena balun teruk.
Setelah puas mencari di mana-mana, sama ada di bawah meja, kerusi, di atas meja TV dan di dalam bilik, memang tiada. Memang sah sudah hilang. Orang terakhir menggunakan PSP ini, Rayyan, sepupu Arif mengesahkan kali terakhir meletakkannya di atas meja sebelah TV.
Arif memang terkilan sebab itulah kenangan hadiah kejayaan di dalam peperiksaan yang pertama diterimanya. Dan kehilangannya pula dalam rumah semasa meraikan sambutan Aidilfitri.
Hmmm...tak mengapalah Arif. Bukan rezeki awak. Dah nak hilang nak buat macam mana. Lain kali kena beringat. Nanti kita beli yang lainlah, PS Vita pula pujuk aku.
Mungkin kehilangan ini ada hikmahnya, siapa tahu...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan