Jumaat, Ogos 26, 2011

Memiliki Kamera DSLR Baru

Setelah hampir tiga tahun menggunakan kamera kompak, akhirnya semalam, aku berjaya juga memiliki sebuah kamera DSLR baru yang lama aku idamkan. Beberapa bulan lalu aku pernah juga 'menjenguk' kedai foto dan melihat kamera-kamera DSLR dari pelbagai jenama yang dipamerkan. Itu tidak termasuk mendapatkan maklumat dari internet dan bertanyakan kepada rakan-rakan yang pernah memiliki kamera DSLR sendiri.

Untuk memiliki kamera DSLR memerlukan bajet yang agak besar sesuai dengan kualiti foto yang dihasilkan oleh kamera tersebut. Ada beberapa jenama kamera DSLR yang bermain dalam fikiran aku di antaranya Nikon D90, Nikon D7000 dan Canon EOS 550D. Aku ingin cari yang ada motor. Hati ini masih berbelah bagi kerana dengan bajet yang ada, cadangannya nak cari yang terbaik.



Semalam, aku dengan Ida ke Pro Images Photography dekat Dataran Pahlawan Megamall untuk berjumpa dengan owner kedai, Mr. Heng. Mr. Heng sudah lama berkecimpung dengan bidang fotografi dan memang mahir tentang selok-belok kamera. Tapi yang melayan kami ialah Ani, pembantu kedai beliau. Ani pun mahir tentang kamera.

Setelah berbincang, Mr. Heng kata Nikon D90 tidak ada focus motor, so sekarang ada lagi yang lebih baik dan baru iaitu Nikon D7000. Tapi harganya memang mahal sebab kamera ni dah level intermediate. Ida tidak setuju dengan harganya dan meminta aku pertimbangkan kamera DSLR level beginners.



Menurut Mr. Heng, kamera Canon EOS semuanya ada motor dan lebih cepat merakam imej. Fikir punya fikir, akhirnya aku bersetuju dengan cadangan Ida untuk memiliki kamera DSLR Canon EOS 600D EF S18-135IS. Nak tak nak, bayar sejalah...



Kamera DSLR Canon EOS 600D EF S18-135IS ni memang banyak fungsi kamera. Belum sempat aku explore sepenuhnya lagi. Jalan paling selamat ialah menggunakan fungsi auto tetapi auto tidak best sebab kalau pandai setting manual, pasti gambar menjadi lebih cantik.

Kamera DSLR Canon EOS 600D menghasilkan foto pada kadar 18 megapiksel dan mempunyai fungsi full HD video recording. Ia adalah kamera DSLR level beginner terbaru, digelar Rebel T3i yang merupakan peningkatan dari model terdahulu iaitu Canon EOS 550D, Rebel T2i. Kamera ini sesuai untuk mereka yang masih lagi amatur dalam bidang fotografi.



Kini pelayaran dalam bidang fotografi digital baru bermula. Banyak yang perlu diterokai untuk menghasilkan foto yang menarik.

Selamat datang ke dunia DSLR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan