Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam sudah tentu meriah jika segala persiapan dapat disempurnakan oleh setiap keluarga sebelum menjelang terbitnya fajar 1 Syawal setiap tahun. Seperti juga keluarga lain, kami sekeluarga membuat persiapan ala kadar sahaja.
Pada hari Sabtu, 27 Ogos 2011, kami ke Mahkota Parade untuk mencari beberapa helai pakaian untuk kami dan anak-anak. Kami ke sana pada jam 12.00 tengah hari. Untuk Ifa, aku dan Ida sudahpun membeli pakaiannya seminggu yang lalu. Cuma Ifa memerlukan kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaiannya.
Pukul 1.30 petang, aku menghantar Ifa ke Kelas Tuisyen Bahasa Cina dan kemudian kembali semula ke pusat membeli-belah tersebut untuk menemani Ida dan anak-anak yang lain mencari pakaian yang sesuai.
Dek terlalu lama memilih pakaian, anak-anak menjadi keletihan. Miza yang mengantuk melabuhkan tubuhnya di sofa di ruang menunggu. Kemudian ada masanya beliau bermain PSP bagi menghilangkan kebosanannya. Ramai pengunjung yang memilih di saat akhir untuk membeli pakaian raya mereka.
Pilih punya pilih, akhirnya jam 5.00 petang, barulah selesai. Arif dapat 3 helai baju baru, Miza dan Alim masing-masing mendapat 3 pasang baju raya dan sepasang kasut setiap seorang manakala aku hanya membeli sehelai kemeja T sahaja.
Miza dan Alim antara anak yang paling gembira dan tidak sabar untuk beraya.
Program mencari baju raya sudah selesai. Aku kemudian bertanyakan kepada anak-anak lokasi untuk berbuka puasa pada petang itu dan Miza mencadangkan KFC. Anak-anak yang lain bersetuju dengan pilihan Miza dan kami ke restoran makanan segera yang terletak di aras lantai Mahkota Parade.
Jam 6.30 petang, kami sekeluarga sudahpun berada di KFC. Beberapa minit kemudian, lebih ramai pelanggan yang mencari tempat untuk berbuka puasa. Sementara menunggu waktu berbuka, aku menghalakan lensa kamera kepada Ifa dan Miza. Muka orang lapar katakan.
Foto aku dirakam oleh Ifa.
Aku pula merakamkan foto Ifa.
Foto Miza juga tidak terketinggalan. Ceria nampaknya kerana waktu berbuka puasa semakin hampir.
Meja kami di bahagian belakang, di tepi dinding.
Alim merajuk kerana tidak dapat mengikut Ida ke ATM machine. Jadi anak bongsu aku ini meletakkan kepalanya di atas meja sebagai tanda protes.
Akhirnya segala pesanan terhidang di atas meja. Ayam goreng, nasi, ais krim, wedges dan lain-lain yang dipesan oleh Ida dihantar oleh Arif satu persatu.
Aku memesan nasi dan ayam goreng.
Alhamdulillah, akhirnya bila sampai waktu berbuka puasa, kami berbuka dengan selesa. Ada juga pelanggan terpaksa meneguk air yang diberikan oleh KFC sewaktu berbaris menunggu giliran memesan makanan.
Alim dan Miza meminta Ida membelikan permainan yang ditawarkan oleh restoran KFC dan Ida menuruti kehendak anak-anaknya itu.
Sambil makan, kami sekeluarga berbual-bual tentang pakaian raya masing-masing. Kami beredar dari Mahkota Parade pada jam 9.30 malam.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan