Jumaat, Ogos 19, 2011

Taklimat Asas Pengkatalogan

Aktiviti terbaru Unit Pengindeksan, Perpustakaan UTeM ialah Taklimat Asas Pengkatalogan. Ia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Perolehan pada hari Rabu, 15 Ogos 2011 dan dihadiri seramai 10 orang staf yang terlibat dengan pertukaran di Unit Perolehan dan Unit Pengindeksan.

Matlamat utama Taklimat Asas Pengkatalogan ini ialah untuk memberikan latihan kepada staf baru agar mereka dapat menguasai asas mengkatalog. Bagi staf lama pula, ia bertujuan untuk berkongsi maklumat baru dan juga refresh pengetahuan sedia ada di samping mengubah persepsi terhadap kerja.

Taklimat Asas Pengkatalogan ini disampaikan oleh Encik Ahmad Abu Bakar, Pembantu Perpustakaan di Unit Pengindeksan. Latihan ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Perkara penting yang diberikan perhatian dalam latihan ini ialah dari segi penggunaan tag-tag di dalam proses penyediaan bibliographic organization (BO) dan peraturan serta dasar yang digubal oleh unit sendiri.

Diharapkan staf yang terlibat dengan latihan ini akan dapat menguasai ilmu yang disampaikan dan menjalankan tugas di tempat baru dengan lebih efisien.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan