Awal Jun 2011, 8 orang staf baru melapor diri untuk bertugas Perpustakaan UTeM. Kesemua staf ditempatkan di unit-unit secara bergilir-gilir mengikut bilangan hari yang jadualkan oleh Unit Pentadbiran.
Kini setelah selesai latihan, staf-staf baru ini ditempatkan di unit-unit secara tetap. Yang pasti sudah tentu ada staf yang kekal dan ada juga yang berpindah unit.
Arahan terbaru oleh pentadbiran perpustakaan menyaksikan seramai 11 orang staf dari pelbagai jawatan bertukar unit. Surat arahan pertukaran sudahpun diterima oleh individu yang terlibat. Mereka akan memulakan tugas baru mulai 15 Ogos 2011.
Bagi Mohd Mawardi Badruddin, Pustakawan Unit Pengindeksan, beliau adalah salah seorang staf yang terlibat dengan pertukaran ini. Perjalanan karier sebagai pustakawan bermula pada tahun 2007 di Unit Pengindeksan. Beliau kemudian bertukar ke Unit Rujukan. Pada 19 September 2009, beliau bersama 8 orang lagi staf diarah bertukar unit. Beliau ditempatkan kembali ke Unit Pengindeksan. Dan mulai 15 Ogos 2011, beliau akan mengetuai Unit Latihan, Kualiti dan Tugas-tugas Khas.
Semoga perjalanan karier Mohd Mawardi Badruddin akan lebih bersinar di unit baru ini. Bukan mudah untuk mengetuai sesuatu unit. Banyak perkara yang perlu dibuat dari segi penyelarasan tugas, disiplin dan juga perasaan staf unit itu sendiri.
Inilah yang dikatakan `job rotation’ atau pun penggiliran kerja. Penulis percaya dengan berpindah ke unit baru seseorang itu akan dapat memperkaya dan memperluaskan tugas (job enrichment and job enlargement) untuk pengalaman yang dimiliki individu tersebut.
Ada kalangan staf lebih suka mengaitkan pertukaran itu sebagai hukuman seolah-olah dirinya tidak lagi disukai di tempat kerja semasa. Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada kecenderungan berlakunya kesukaran untuk menerima kenyataan apabila ditukarkan ke unit baru. Antaranya tidak bersedia untuk meninggalkan keselesaan yang ada dan dianggap sudah sebati dengan diri. Kejelekitan emosi dikatakan terlalu kuat dengan persekitaran yang ada dan rakan-rakan sepejabat.
Selain itu, wujudnya perasaan fobia dengan pembaharuan kerana jangkaan yang rendah terhadap kompetensi diri untuk melaksanakan tugas baru yang masih lagi di luar ekspektasi. Tidak dinafikan juga adanya pandangan-pandangan yang menakut-nakutkan untuk berada di tempat baru kerana pembawa ceritanya itu mempunyai perspektif yang negatif dan seakan-akan mahukan mereka yang terlibat lebih berhati-hati.
Tidak dinafikan juga terhadap pendirian pegawai atasan dan ketua unit yang sukar bekerjasama terhadap keputusan pengurusan untuk melepaskan staf berkenaan. Alasan utama kerana bakal berhadapan dengan kepayahan untuk melatih orang baru melaksanakan kerja-kerja berkenaan. Diragui orang baru nanti akan menjejaskan prestasi perkhidmatan semasa kerana tiadanya pengalaman setempat.
Kepada staf perpustakaan yang terlibat dengan pertukaran ini semoga berjaya di unit baru.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan