Rabu, Mac 21, 2012

Bergerak Ke Monkey Bay

Pukul 12.50 tengah hari, bot-bot yang sedia menunggu mula dipenuhi penumpang. Bot pertama membawa aku sekeluarga, Roziah dan anaknya serta Mak Munah. Bot kedua pula membawa anak-anak remaja kami iaitu Aiman, Arif, Ifa, Imran dan Shafiq manakala bot terakhir membawa Zaki sekeluarga dan juga Farok.

Sewaktu bot bergerak hujan mula gerimis. Lebih kurang 20 minit perjalanan, bot kami sampai di Monkey Bay. Tempatnya merupakan sebuah teluk dan mempunyai pemandangan yang cantik. Air lautnya pula berwarna kehijau-hijauan dan jernih.

Anak-anak menggunakan peralatan snorkeling untuk melihat ikan-ikan di dasar laut yang cetek tetapi disebabkan hujan, ianya sukar.

Dua buah bot sudahpun sampai di Monkey Bay, dan kami menunggu bot ketiga. Rupa-rupanya bot ketiga terlewat sedikit disebabkan masalah pengendaliannya oleh tekong baru.

Apabila bot ketiga sampai, kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Marine Park kerana di sana lebih ramai orang berekreasi berbanding di Monkey Bay.

Pukul 1.50 petang, ketiga-tiga buah bot membawa kami ke Marine Park untuk aktiviti snorkeling.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan