Isnin, Mac 12, 2012

Percutian Keluarga Di Pulau Tioman

Ahad, 11 Mac 2012. Cuti persekolahan selama seminggu kini bermula. Bagi mengisi masa cuti, kami sudahpun merancang untuk membawa anak-anak melancong. Destinasi kami ialah Pulau Tioman.

Jam 9.00 pagi kami sekeluarga dan keluarga Farok bertolak dari Alai ke Mersing. Kami bergerak melalui Lebuh AMJ dan singgah di Bandar Jasin untuk mengisi petrol dan kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pukul 10.15 pagi, kami sudahpun berada di Plaza Tol Ayer Hitam.



Kami meneruskan perjalanan melalui Kluang dan melalui beberapa pekan kecil seperti Kahang dan Pangkalan Batu. Sepanjang perjalanan cuaca agak cerah cuma bila menghampiri bandar Mersing, hujan lebat.

Pukul 11.20 pagi, kami sampai di Stadium Mersing tempat di mana kami meletakkan kenderaan. Dari sini satu keluarga lagi yang menyertai percutian iaitu Zaki dan familinya dari Muar menunggu kami.

Fauzi, rakan sekerja Zaki, kemudian datang ke tempat letak kereta untuk menyerahkan tiket feri yang telah ditempah oleh kami. Fauzi bertugas di salah sebuah bank di Bandar Mersing dan beliau mempunyai ramai kenalan di bandar ini. Kami memberikan ole-ole dari Melaka kepada beliau sebagai tanda terima kasih iaitu cencaluk dan gula melaka.

Jarak dari stadium ke Jeti Penumpang Jabatan Laut Mersing hanya beberapa meter sahaja. Kami sepatutnya menaiki feri pada jam 12.30 tengah hari tetapi menukar masa perjalanan pada jam 2.00 petang. Musim cuti persekolahan begini, memang ramai pengunjung ke Pulau Tioman termasuklah pelancong dari luar negara.

Pukul 2.10 petang, feri yang kami naiki bergerak membawa penumpang menuju destinasi. Semakin jauh semakin dilambung ombak. Untuk mengelakkan mabuk laut, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Aku kemudian dikejutkan oleh Alim. Katanya Miza muntah sewaktu tidur di dalam feri. Mujur ada pekerja feri yang baik hati membersihkan muntah tersebut di lantai.

Pukul 4.00 petang kami sampai di jeti. Beberapa minit menunggu, kami dijemput dengan sebuah bas kecil milik Syarikat Berjaya. Agak uzur juga bas ni tetapi kami tidak kisah kerana ini merupakan pengalaman pertama kami di pulau yang terkenal dengan terumbu karangnya. Jarak perjalanan lebih kurang 15 minit dari jeti ke apartment. Akhirnya kami sampai di tempat penginapan pukul 5.00 petang.

Perkara pertama yang kami 3 keluarga lakukan ialah menyediakan makanan untuk anak-anak yang kelaparan. Secara kebetulan, kami membawa beras, roti, lauk-pauk dan sebagainya untuk dimasak di sini. Percutian keluarga kami memang begitu. Percutian keluarga bagi kami ialah untuk merehatkan diri bukanlah untuk bergerak ke sana dan ke mari bagi mengisi masa cuti tersebut. Jika ada masa, kami buat apa yang patut. Dunia anak-anak ni biasanya di kolam renang.

Jam 6.00 petang, aku ke kolam renang untuk melihat anak-anak mandi-manda. Anak-anak begitu gembira dapat bersama-sama dengan sepupu mereka mandi dan bermain bola di kolam renang.

Sebelah malam, kami berehat kerana esok ada agenda percutian yang harus kami penuhi iaitu melawat beberapa tempat menarik di Pulau Tioman.
































5 ulasan:

  1. Salam,

    Semasa di Tioman, saudara tinggal di mana? Saya sedang mencari tempat penginapan di Tioman yang menyajikan makanan halal.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam
  3. Hotel mana yg halal di pulau tioman? Hotel tu ada sediakn keperluan utk memasak ke?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    BalasPadam