Rabu, Mac 21, 2012

Singgah Snorkeling Di Marine Park

Pukul 2.20 petang, kami sampai di Marine Park. Marine Park terletak berhampiran dengan pekan Tekek. Di sini airnya dalam dan pengunjung dinasihatkan memakai pelampung.

Pelbagai spesis ikan dapat dilihat di sini. Berbeza dengan lokasi yang lain, ikan di sini kebanyakan adalah di kalangan spesis yang besar.

Dalam hujan gerimis, kami menuruni tangga jeti dan berenang ke pelantar yang disediakan beberapa meter jaraknya dari jeti tersebut. Bagi yang pandai berenang ianya suatu kelebihan tetapi bagi yang tidak mahir, mereka lebih gemar duduk di tangga jeti sahaja sambil melihat aktiviti snorkeling berjalan.

Setelah puas, akhirnya pukul 3.10 petang, kami bergerak ke Renggis Island.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan