Rabu, Mac 14, 2012

Hari Kedua Di Pulau Tioman

Isnin, 12 Mac 2012. Seperti dijanjikan oleh Amie, seorang pekerja Berjaya Resort, pagi ini kami akan ke Monkey Bay, Marine Park dan Renggis Island jika cuaca baik. Namun begitu seawal pagi lagi hujan turun mencurah-curah dan laut bergelora. Sekejap hujan lebat kemudian renyai-renyai dan kemudian lebat kembali. Kami hanya mampu memandang ke laut dari jendela apartment dengan penuh hampa.

Menjelang 12.30 tengah hari, kami dimaklumkan hujan sudah mula berhenti dan lawatan ke tempat-tempat yang dirancangkan boleh diteruskan. Kami meminta anak-anak bersiap-siap memakai baju renang kerana aktiviti utama hari ini ialah snorkeling. Anak-anaklah orang yang paling gembira dan tidak sabar-sabar untuk menaiki bot.



Pukul 12.30 tengah hari, tram yang sentiasa shuttle dari lobi utama ke apartment tiba dan kami terus menaiki tram hingga jeti berhampiran Berjaya Resort.

Sewaktu kami sampai di jeti, kelihatan tiga buah bot bersama tekongnya sudahpun bersiap sedia membawa kami tiga keluarga untuk berekreasi di Monkey Bay, Marine Park dan Renggis Island.


Pemandangan pantai dari tram.


Padang golf yang menghijau.


Anak-anak seronok menaiki tram.


Masih di dalam tram.


Arif menunggu sepupunya di jeti.


Bergerak menuju ke jeti.


Nun di hadapan jeti ialah Renggis Island.


Berjaya Resort.


Pantai Tioman.


Pemandangan dari jeti.


Bersiap menaiki bot.


Bot yang dinaiki oleh anak-anak remaja.


Pemandangan Pulau Tioman dari laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan