Pukul 3.30 petang, kami sudahpun berada di Renggis Island. Pulau kecil ini hanya terletak beberapa meter dari jeti pulau Tioman dan berhampiran dengan Berjaya Tioman Beach Golf & Spa Resort. Bot yang membawa kami ke sebuah pelantar di Renggis Island menunggu kami di sebelah pelantar sementara kami menjalankan aktiviti berenang dan menyelam.
Anak-anak menghulurkan roti untuk menarik perhatian ikan-ikan yang berwarna-warni naik ke permukaan laut. Pelbagai spesis ikan boleh didapati di sekeliling pelantar ini.
Dalam laut yang jernih ini, kelihatan banyak batu karang dan ada di antaranya telah mati. Setelah puas berada di Renggis Island, akhirnya jam 4.30 petang, kami bergerak balik ke jeti.
Dari jeti kami menaiki tram ke apartment. Aktiviti anak-anak pada lewat petang itu ialah bermandi-manda di kolam renang manakala pada sebelah malam, anak-anak keletihan dan berehat sahaja di bilik.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan