Ahad, Oktober 21, 2012

Konvo Fest Ke-8 UTeM



Konvo Fest Ke-8 UTeM diadakan bagi memeriahkan suasana kampus sempena Majlis Konvokesyen Ke-8. Ia diadakan dari 19 hingga 21 Oktober 2012 di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal. Pesta ini berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 11:00 malam di medan letak kereta berhampiran Perpustakaan UTeM.

Berikut adalah tentatif program.


Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tiga hari ianya berlangsung sebagai pengisian program Pesta Konvo ini. Antaranya ialah PIKOM PC Fair yang diadakan di Pusat Persatuan Pelajar, Kejohanan Orienteering peringkat kebangsaan, pertandingan gusti lengan serta promosi majalah komik “BAGUIH".



Pameran kereta hasil ciptaan UTeM, pertandingan rekacipta dan inovasi, karnival penghayatan Islam, gerai makanan dan jualan, pertandingan “Battle of the Band”, pertandingan suara gemersik dan lain-lain aktiviti juga turut diadakan bagi memeriahkan Konvo Fest ini. 

Sebanyak 40 buah gerai jualan beraneka produk termasuk makanan dan minuman telah disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung-pengunjung yang datang berkunjung ke pesta ini.
 


Pro Canselor UTeM Tan Sri Dr. Johari Mat merasmikan Konvo Fest ini pada sebelah petang 19 Oktober 2012.










Konvo Fest  merupakan program anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM dengan Pejabat HEPA. Ia menjadi platform bagi  melibatkan pelajar dalam penganjuran konvo fest yang akan melatih mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti  yang boleh diaplikasikan setelah mereka keluar bekerja nanti. Kerjasama dan komitmen begini sudah pasti membuahkan hasil yang cemerlang dan menjadikan konvo fest ini berjaya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan