Ahad, Oktober 14, 2012

Meninjau Tinggalan Sejarah Di Bukit Senjuang

Petang minggu yang cerah, aku mengambil kesempatan bersama anak-anak untuk berjogging di Taman Perbandaran Bukit Serindit.


Namun begitu, dalam perjalanan kami singgah di Bukit Senjuang untuk menikmati pemandangan dan memantau tinggalan sejarah di atas bukit tersebut.


Mengikut sejarah, Kota St. John di Bukit Senjuang ini merupakan sebuah tapak bersejarah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Bandaraya Melaka. Nama asal Bukit Senjuang ialah Bukit Pipi telah ditukar oleh penduduk tempatan bagi menunjukkan ciri-ciri kemelayuan.


Pada zaman Portugis, gereja di atas Bukit Senjuang telah dimusnahkan oleh tentera Aceh sekitar tahun 1628 hingga 1629. Selepas pengunduran Portugis, pemerintah Belanda telah membina kota pertahanan di atas bukit ini kerana kedudukannya yang tinggi membolehkan Laut Selat Melaka dan bahagian selatan dilihat dengan jelas. Namun begitu, pada zaman pemerintahan Inggeris kota ini telah tidak digunakan lagi.


Kota St. John dibina daripada batu laterit dan batu-bata zaman Belanda. Bahagian tembok luar kota dianggarkan mempunyai ketinggian dari 10 kaki seingga ke 12 kaki. Tapak bersejarah Kota St. John telah dijadikan sebagai kawasan warisan di bawah pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan