"Ayah sedang menulis apa?"
Mendengar pertanyaan anaknya, si ayah berhenti menulis lalu berkata, "Anakku, sebenarnya ayah sedang menulis tentang kamu. Namun apa yang lebih penting selain isi tulisan ayah ini ialah pensel yang ayah sedang gunakan. Ayah berharap kamu dapat menjadi seperti pensel bila kamu besar nanti."
"Apa maksud ayah menjadi seperti pensel? Lagipun pensel itu biasa sahaja sama seperti pensel-pensel yang lain..", jawab si anak yang kelihatan bingung.
Si ayah tersenyum dan terus menjawab, "Itu semua bergantung kepada bagaimana kamu melihat pensel ini. Tahukah kamu, sebenarnya pensel mempunyai lima kualiti yang boleh membantu menjadikan kamu selalu tenang dalam menjalani kehidupan ini."
"Bolehkah ayah ceritakan dengan lebih jelas lagi?" pinta si anak.
"Sudah pasti," jawab si ayah dengan penuh kasih.
"Kualiti pertama, pensel dapat mengingatkan kamu bahawa kamu boleh melakukan perkara yang hebat dalam kehidupan. Seperti sebatang pensel yang digunakan, kita jangan lupa bahawa ada ada 'tangan' yang selalu membimbing langkah kita dalam kehidupan ini. Kita sering menyebutnya sebagai tangan Tuhan. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya."
"Kualiti kedua, dalam proses menulis, kadangkala beberapa kali kita harus berhenti dan mengasah pensel untuk menajamkan kembali pensel tersebut. Dengan mengasah, pensel menderita. Tetapi setelah proses mengasah selesai, pensel akan kembali menjadi tajam. Begitu juga dengan kamu, dalam kehidupan ini kita harus menerima penderitaan dan kesusahan, kerana itu akan membuatkan kita menjadi manusia yang lebih baik."
"Kualiti ketiga, dari sebatang pensel akan memberikan kesempatan kepada kita untuk menggunakan pemadam, maksudnya untuk memperbaiki tulisan yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan dalam hidup, bukanlah perkara yang memalukan. Ia membantu kita untuk memastikan berada di jalan yang benar".
"Kualiti keempat, perkara yang paling penting dari sebatang pensel bukanlah bahagian luarnya tetapi grafit yang ada di dalam pensel itu. Oleh sebab itu, berhati-hati dan sedar perkara-perkara yang ada pada diri sendiri."
"Kualiti kelima, pensel selalu meninggalkan tanda atau goresan, Seperti manusia, kita harus sedar walau apapun yang dilakukan dalam hidup, ia tetap akan meninggalkan kesan kepada kepada orang lain. Oleh kerana itu perlu herhati-hati terhadap semua tindakan kita."
"Nah, sekarang bagaimana? Kamu faham apa yang ayah katakan?"
"Faham ayah." angguk anaknya sambil tersenyum.
TATRAHANERO KICKS FOR TANU - Ti-N'SCORE - Ti-N'SCORE
BalasPadamTi-N'SCORE is the leading sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide supplier of high quality premium materials. With properties of titanium our patented technology, tube supplier TATRAHANERO KICKS urban titanium metallic for you to silicone dab rig with titanium nail enjoy the authentic