Isnin, Oktober 01, 2012

Menjamu Selera Di Pizza Hut

Petang ni kami sekeluarga singgah di Pizza Hut Ayer Keroh. Di sebelahnya terletaknya satu lagi restoran makanan segera iaitu KFC. Kedua-duanya baru sahaja beroperasi beberapa minggu yang lalu. Lokasi yang strategik dan keceriaan bangunannya membuatkan anak-anak sangat teruja untuk singgah dan menjamu selera di sini. Bagi pelanggan, pilihan ada dua sama ada makan di restoran atau memesan secara pandu lalu dengan kemudahan parkir yang banyak. Pendek kata lokasi baru ini sungguh selesa.


Sebenarnya kami dalam perjalanan menghantar Arif pulang ke asrama di SBPI Selandar. Arif pulang ke rumah pada hari Sabtu lepas kerana demam. Setelah dibawa berjumpa doktor, Arif dinasihatkan berehat dan mendapat MC pada hari Isnin. Setelah makan ubat dan mendapat rehat secukupnya, Arif memaklumkan untuk pulang ke asrama petang itu.


Sudah lama kami sekeluarga tidak makan bersama di Pizza Hut. Kadang-kadang tidak tertelan rasanya bila makan di luar tanpa semua ahli keluarga di sisi.


Aku meminta anak-anak memilih apa sahaja menu yang ingin dinikmati mereka. Seperti biasa, piza yang dipesan ialah piza Chicken Supreme bersaiz sederhana, dua piza pepperoni delight kecil (kids meal), garlic breadstix dimakan bersama mushroom soup, tempura king prawns dan tempura calamari rings. Arif mencuba menu baru iaitu cheese baked rice manakala Alim dan Miza tidak lupa memesan ais krim. Minuman yang dipesan pula ialah mountain dew, hot lipton tea untuk Arif yang baru nak baik demam dan Milo sejuk untuk Miza dan Alim.


Tidak cukup dengan makanan yang ada, Ida ke bangunan bersebelahan untuk memesan ayam goreng KFC. Mewah makan anak-anak ini. Sungguh berselera sekali. Sambil makan sambil bergambar.

Kami di sana lebih kurang 40 minit dan jam 7.40 malam kami bergerak ke Selandar.
Dan hari ini aku berpuas hati kerana hajat untuk makan bersama anak-anak khususnya Arif tercapai.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan