Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas anugerahNya.
Tarikh 22 Disember 2011, lebih kurang jam 11.00 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada Arif memaklumkan keputusan PMR. Beliau mendapat 8A 1B. Katanya lagi tahun ini bilangan yang mendapat 9A di sekolahnya berjumlah 27 orang manakala 8A pula seramai 21 orang. Keputusan ini sekaligus menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat 8A dan 9A berbanding tahun lepas.
Muhammad Arif Azman
Menurut Arif, ramai ibu bapa hadir bersama anak mereka di Dewan Ibnu Batutah, SMK Sultan Muhammad, Batu Berendam untuk mengetahui keputusan PMR. Bagi yang mendapat 8A dan 9A, nama mereka akan diumumkan bagi menerima slip keputusan di atas pentas. Tambahnya, perasaan berdebar-debar menyelubungi diri sepanjang tempoh pengumuman dan nama Arif adalah nama terakhir dipanggil untuk menerima slip keputusan.
Ramai guru yang menghampiri beliau kerana hairan bagaimana Arif boleh mendapat keputusan B dalam subjek Kemahiran Teknikal sedangkan subjek tersebut paling mudah mendapat A. Jika tidak sudah tentu Arif dapat menambah jumlah pelajar yang memperoleh 9A di sekolahnya. Bagi SMK Sultan Muhammad, semua pelajar mengambil 9 subjek dalam PMR termasuk Bahasa Arab.
Pada masa yang sama, sepupu-sepupu Arif juga mendapat keputusan PMR seperti berikut. Danish mendapat 5A 3B, Muhammad Azfar memperolehi 6B 2A, Muhammad Asyraf pula 2A 5B 1C dan Manan 2B 4C 2D.
Apapun tahniah kepada semua yang telah mencuba yang terbaik dalam PMR. Yang berjaya diucapkan setinggi tahniah di atas segala usaha mereka. Namun yang kurang berjaya, kena gandakan usaha. Perjalanan hidup tidak terhenti di sini. Dua tahun lagi semuanya akan menduduki SPM pula. Perjuangan harus bermula dari sekarang.
Bagi Arif, setinggi tahniah aku ucapkan di atas pencapaian cemerlang ini dan sekaligus memenuhi impianku untuk memastikan pencapaian akademik anak-anak di tahap terbaik.
Nasihat ayah, kamu boleh berbangga dengan keputusan ini kerana kamu dianugerahkan Allah SWT otak yang bijak tetapi jika kamu berusaha lebih, pasti keputusannya akan berbeza. Perjalanan hidup masih panjang dan SPM bakal menanti dua tahun lagi. Berusahalah dari sekarang...
Alhamdulillah. Syukur kupanjatkan kehadrat Allah SWT di atas anugerahNya. Pada tahun ini kejayaan berganda buatku di mana pada 17 November 2011, Ifa mendapat 5A 2B dan kini Arif juga mendapat keputusan cemerlang.
Tahniah dan terus berusaha. Semoga berjaya.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan