Sabtu, 3 Disember 2011. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran isteriku, Ida. Ulangtahun ke berapa? Tak mengapalah, kadang-kadang bagi orang perempuan, umur menjadi rahsia terutama apabila sudah meningkat usianya.
Seawal pagi aku sempat memberikan ucapan melalui Facebook beliau.
Jam 9.00 malam, kami singgah di Pizza Hut untuk meraikan hari jadi Ida. Anak-anak sungguh teruja apabila diminta memberikan pilihan tempat makanan yang mereka sukai.
Sesampai di Pizza Hut, kami memesan pizza Cheesy Bites dan Royal Masala. Cheesy Bites merupakan piza baru yang sedang dipromosikan. Ia mengandungi keju dan Miza tidak sukakannya. Jadi kami pesan piza Pepperoni.
Anak-anak memesan ais krim dan tempura king prawns. Selain itu kami dihidangkan dengan chicken soup dan mushroom soup.
Sungguh berselera anak-anak menikmati makanan segera ini. Jam 10.20 malam, kami bergerak balik ke rumah.
Selamat Hari Lahir, Ida....aku dan anak-anak mendoakan semoga yang terbaik buat beliau.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan