Sabtu, Disember 10, 2011

Santai Di Pedas Wet World

Ahad, 4 Disember 2011. Hujung minggu ni kami meluangkan masa bersantai di Pedas Wet World. Maklumlah cuti sekolah, anak-anak duduk di rumah kebosanan dan menjalani rutin seharian mereka seperti menonton TV, melayari internet, tidur, main badminton dan makan.

Pukul 10.50 pagi, kami sekeluarga bergerak setelah segala persiapan dimuatkan ke dalam kereta. Jarak dari Melaka ke Pedas lebih kurang 60 km dan mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pukul 12.05 tengah hari, kami sampai diPedas Wet World.

Bayaran masuk ke Pedas Wet World bagi dewasa ialah RM12.00 manakala kanak-kanak (di bawah 135 cm)ialah Rm10.00. Ada dua kolam air iaitu kolam air sejuk dan kolam air panas.

Kami bergerak mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan barang-barang yang dibawa. Akhirnya kami memilih di suatu tempat berbumbung berhampiran dengan gerai jualan makanan ringan milik syarikat berkenaan.

Dalam perjalanan mencari tempat tadi, aku terserempat staf seunit aku, Nik Nurhazlinda bersama suaminya dan anak kembar beliau. Sempat aku merakamkan foto anaknya.

Anak-anak sudah tidak sabar untuk berenang. Mereka meminta mencarikan pelampung untuk membolehkan menyusuri 'sungai' kecil di dalam kawasan taman tema tersebut. Nak tak nak, aku melayankan juga. Selepas penat menyusuri 'sungai' kecil, mereka membawa pelampung menaiki gelungsur yang letaknya di sebelah kanan pintu masuk.

Pukul 2.30 petang, kami keluar sebentar untuk menjamu selera. Bekalan makanan yang dimasak oleh Ida segera kami nikmati di dalam kereta di ruang parkir taman tema itu.
Kemudian, aktiviti bermain air disambung semula.

Pukul 5.00 petang, kami mengemaskan barang-barang yang dibawa. Aku dan Ida menunggu anak-anak mandi dan menukar pakaian. Sambil itu, aku merakamkan foto beberapa haiwan di dalam kandang yang dipelihara oleh syarikat berkenaan.

Selepas anak-anak menikmati air batu campur dan burger, kami bergerak pulang pada jam 5.30 petang. Hampir Maghrib, kami sampai di rumah.

Akhirnya dapat juga aku mengisi percutian anak-anak walaupun sekadar bermandi-manda sahaja.


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan