Ahad, Disember 11, 2011

Resipi Hujung Minggu

Hujung minggu begini kalau bersiar-siar alangkah baiknya. Tetapi disebabkan Ida berkursus, aku mengisi masa dengan anak-anak di rumah. Aku bercadang untuk memasak sahaja minggu ini tidak kira sedap atau tidak. Pembantu dapur aku minggu ini ialah Ifa, anak perempuan aku yang kini sedang meningkat remaja.

Berbekalkan resipi daripada Ida dan juga internet, akhirnya beginilah sarapan tengah hari kami dua beranak dapat sediakan untuk kami sekeluarga.

Sarapan Tengah Hari Jumaat:


Sambal udang, masak lemak kobis dan ayam goreng.


Sambal udang (Ifa).


Masak lemak kobis (Aku).


Ayam goreng (Ifa).


Sarapan Tengah Hari Sabtu:


Kari ayam, sawi goreng dan telur dadar.


Kari ayam (Aku).


Sawi goreng (Aku dan Ifa).


Telur dadar (Aku).


Sarapan Tengah Hari Ahad:


Sambal udang (Aku).


Sayur campur (Aku dan Ifa).


Keropok keping (Aku).


Air koktel (Ifa).

Sejak menonton rancangan Masterchef ini, Ifa pun dah minat ke dapur. Cuma bila Ida ada, Ifa akan buat-buat malas. Tu yang selalu aku kena sindir bila emaknya kata mentang-mentang Ifa tu 'apple of the eye' aku. Sebenarnya tidak, semuanya sama sahaja asalkan minat tu boleh dikongsi bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan