Ahad, Disember 04, 2011

Menziarahi Staf Bersalin

Sabtu, 26 November 2011 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1432.

Jam 1.30 tengah hari, sewaktu dalam perjalanan menghantar Miza dan Alim ke pusat tuisyen, telefon bimbit berdering.

"Encik Azman, isteri saya sudah selamat bersalin..", kata Mohd Afiz. Sungguh ceria sekali bunyi suara Afiz.

"Tahniah. Anak lelaki atau perempuan?", soal aku lagi.

"Perempuan..", katanya.

Aku mengucapkan tahniah sekali lagi. Begitulah seronoknya suara seorang bapa yang baru menerima anugerah berharga daripada Allah SWT.

Jam 5.45 petang, kami sekeluarga singgah di Aras 3, Hospital Besar Melaka untuk melawat isteri Afiz, Noraini Mohd Noor yang juga staf di dalam unit aku.

Mengikut fakta, Puan Noraini selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.6 kg pada 26 November 2011 di Hospital Besar Melaka pada jam 12.01 tengah hari. Sewaktu kami sampai, beliau baru saja memulakan penyusuan terhadap bayinya.

Mengimbas semula perkahwinan beliau, Puan Noraini bernikah dengan Mohd Afiz pada 28 Januari 2011 di Kelantan dan majlis persandingan juga diadakan di rumah Afiz di Duyong, Melaka pada 5 Februari 2011.

Setengah jam berbual, kami meminta diri untuk beredar kerana ramai lagi tetamu mula hadir melawat pasangan ini dan anaknya. Sebelum beredar, kami menghulurkan hadiah sempena kelahiran anak pasangan ini.

"Terima kasih Encik Azman. Ni hadiah pertama yang diterima....", sapa Afiz.

Aku hanya menguntum senyum. Doaku semoga kedua pasangan ini beroleh kebahagiaan yang berpanjangan dengan kelahiran ini.

Foto: Kredit kepada Ifa





3 ulasan:

  1. Terima kasih kerana berkongsi pandangan.

    BalasPadam
  2. tq bos sebb dtg melawat.. hmm, pembetulan sket anak saya lelaki... bkn pmpn seperti yg dijawab oleh en. suami heheh

    BalasPadam