Ahad, 20 November 2011. Pagi ini, aku, Mak Bedah, Ida dan Amir bertolak ke Kg. Kesang Pajak, Selandar untuk berbincang tentang hubungan Yati dan Ridhwan. Yati dan Ridhwan bertunang pada 1 Mei 2010.
Khabarnya sejak kebelakangan ini, hubungan di antara mereka agak renggang hanya disebabkan oleh masalah komunikasi. Barangkali bilan tinggal berjauhan, masing-masing cuba memendam perasaan dan disebabkan oleh ego, masing-masing saling tidak berhubungan.
Aku tidak tahu rumah keluarga Ridhwan tetapi dengan panduan daripada Yati yang menanti kami di pekan Selandar, kami dibawa ke lokasi rumah tunangnya itu. Mak Bedah sejak dari rumah lagi berkeras untuk memutuskan pertunangan Yati dan Ridhwan. Bila sampai alangkah terkejut melihatkan rumah keluarga Ridhwan yang agak kecil. Ketika itu aku terasa bersalah seolah-seolah macam cerita dulu-dulu, antara dua darjat. Namun hakikatnya tidak begitu. Aku percaya ada sinar di penghujung masalah.
Sewaktu kami sampai, Ridhwan, emak dan adik perempuannya ada di rumah. Kami dijemput masuk. Turut hadir ialah bapa saudara Ridhwan, seorang ahli ugama untuk berbincang sama.
Aku memulakan perbincangan dengan menyatakan hasrat untuk mengetahui status pertunangan mereka kerana sudah menjangkau usia lebih setahun. Mengikut bapa saudaranya, keluarga sebelah lelaki bercadang untuk mengikat pertunangan selama dua tahun sebaliknya pihak perempuan beranggapan setahun. Di sini berlaku masalah dari segi komunikasi.
Kami menghubungi Yati yang berada beberapa kilometer dari lokasi rumah Ridhwan untuk segera datang dan bersemuka tetapi dia enggan. Setelah dipujuk, akhirnya Yati datang juga ke rumah tersebut. Perbincangan secara serius bermula.
Mak Bedah berkeras untuk memutuskan pertunangan tetapi atas nasihat yang lain termasuk bapa saudara Ridhwan, perbincangan tersebut mengambil keputusan untuk memberi tempoh sebulan untuk Yati dan Ridhwan memikirkan semula status pertunangan mereka dengan harapan kedua-duanya akan menjernihkan keadaan dan memikirkan satu tarikh pernikahan dalam tempoh terdekat. Ini adalah kerana Saufi bakal bernikah pada bulan Mac 2012 dan barangkali Mak Bedah agak terdesak untuk menyelesaikan kedua majlis ini serentak.
Setelah keputusan dibuat, kami akhirnya pulang ke rumah menjelang waktu Zuhur. Aku berdoa semoga masalah perhubungan ini akan dapat diselesaikan dengan baik.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan