Hari Jumaat, 9 Disember 2011 aku cuti rehat. Malam semalam, Ida bersama beberapa rakan sekerjanya menghadiri kursus selama 4 hari di Pulau Pangkor, Perak. Aku menghantarnya ke pejabat pukul 11.00 malam kerana perjalanan mereka ke tempat kursus dengan menaiki dua buah bas.
Pagi ini terfikir aku untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak. Biasanya yang paling cepat ialah buat cekodok je tapi kali ini aku nak mencuba sesuatu yang baru. Aku segera melayari internet dan mula mencari-cari menu yang paling cepat dan mudah disediakan.
Suatu masa dahulu sewaktu berhenti di R&R Seremban dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku pernah menikmati sandwich telur. Sewaktu membelek kotak plastik, disertakan pelekat pada badan plastik yang menyenaraikan bahan-bahan untuk membuat sandwich telur tetapi aku tidak ambil peduli.
Akhirnya pagi ini aku memilih untuk menyediakan sarapan sandwich telur. Resipinya seperti berikut:
SANDWICH TELUR
Bahan-Bahan Yang diperlukan:
1. Telur rebus yang telah dibuang kulit.
2. Roti sandwich.
3. Mayonis.
4. Timun.
5. Tomato.
6. Salad.
7. Gula atau lada sulah.
Jumlah atau sukatan bahan bergantung kepada citarasa anda.
Cara Menyediakannya:
1. Rebus telur dan buang kulitnya.
2. Sagat telur rebus atau hancur-hancurkannya.
3. Keluarkan mayonis dan gaulkan dengan telur yang telah hancur tadi.
4. Gaulkan hingga sama rata.
5. Masukkan gula atau lada sulah mengikut citarasa anda dan gaul sama rata.
6. Sapukannya ke atas roti dan letakkan hirisan tomato, timun dan salad.
7. Tutupkan dengan sekeping roti.
8. Potong dua roti secara menyerong dan siap untuk dimakan.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan