Ahad, 27 November 2011. Seminggu selepas mengadakan perbincangan di rumah keluarga Ridhwan, aku menerima perkhabaran semalam, rombongan daripada Kesang Pajak akan datang untuk berbincang tentang tarikh pernikahan Yati dan Ridhwan.
Aku sebenarnya bimbang jika hasil perbincangan negatif. Apapun masalah jika diusahakan untuk penyelesaian, pasti akan berhasil. Dalam sesuatu perhubungan akan ada dugaan bak kata pepatah bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Rombongan daripada keluarga Ridhwan ialah ibu dan dua orang bapa saudaranya. Mereka sampai pada jam 10.00 pagi. Aku dan Ida sampai lewat sedikit dan kami tiba di rumah Mak Bedah setelah segala perbincangan selesai.
Suasana ketika kami sampai sungguh memberangsangkan. Kedua-dua pihak nampaknya sudah mebincangkan tarikh pernikahan dan tarikh langsung majlis perkahwinan Yati dan Ridhwan.
Menurut perjanjian, mereka akan dinikahkan pada awal bulan April 2012. Majlis dijangka akan diadakan secara sederhana di mana Saufi akan bernikah di Rembau terlebih dahulu, kemudian pernikahan Yati dan majlis langsung di rumah Mak Bedah. Akhir sekali majlis di rumah keluarga Ridhwan akan diadakan secara kecil-kecilan.
Aku bersyukur kerana segala masalah sudah selesai. Yang kusut sudah dileraikan. Yang keruh sudah dijernihkan. Hanya menunggu hari untuk diijabkabulkan sahaja.
Apa-apapun aku mendoakan yang terbaik buat kedua adik lelaki dan perempuan aku ini. Jika diizinkan Allah SWT, majlis perkahwinan ini adalah yang terakhir bagi keluarga Hj. Ayup kerana semua anak-anaknya sudah mempunyai keluarga masing-masing.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan