Khamis, September 20, 2012

Hari Terakhir Latihan Amali Pelatih UiTM

Hari ni merupakan hari terakhir pelatih UiTM menjalani latihan amali di Perpustakaan UTeM. Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Nur Hafizah Kastamin dan Maizatul Aqilah Amzah merupakan pelajar latihan amali program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam menjalani latihan amali selama dua bulan mulai 23 Julai 2012 hingga 20 September 2012.

Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Maizatul Aqilah Amzah dan Nur Hafizah Kastamin 
 
Tujuan latihan amali ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menimba pengetahuan dan kemahiran dalam mana-mana organisasi sebagai persediaan bila menempuh alam pekerjaan kelak.

Bergambar bersama sebahagian staf Bahagian Pengindeksan

Di antara penempatan yang dicadangkan ialah Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Latihan, Bahagian Rujukan, Unit Automasi, Bahagian Sirkulasi dan Media, Unit Jurnal, Unit Perolehan Hadiah dan Pertukaran, Unit Perolehan Buku dan Bahagian Pengindeksan.

Di Bahagian Pengindeksan, Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof dan Nur Hafizah Kastamin berpeluang menimba ilmu berkaitan pengkatalogan buku selama 10 hari mulai dari 9 Ogos hingga 24 Ogos 2012 manakala Maizatul Aqilah Amzah pula ditempatkan di bahagian ini selama 10 hari mulai 16 Ogos 2012 hingga 3 September 2012.

 
Petang tadi ketiga-tiganya mengambil kesempatan berjumpa dengan staf Bahagian Pengindeksan dan kami merakamkan foto sebagai kenangan.

 
Kepada Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Nur Hafizah Kastamin dan Maizatul Aqilah Amzah, terima kasih di atas kerjasama semasa latihan di Bahagian Pengindeksan. Yang baik tu kongsikanlah dengan orang lain dan yang buruk tu simpan di dalam hati.

 
Selamat maju jaya buat ketiga pelajar ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan