Selasa, November 29, 2011

Majlis Perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM

Hari Jumaat, 11 November 2011 bersamaan 15 Zulkaedah 1432H. merupakan tarikh keramat bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pada hari tersebut masjid yang selama ini tidak bernama sangat bertuah kerana ianya dirasmikan oleh pembesar negara.



Majlis Perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada jam 12.30 tengah hari.

UTeM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Radio Televisyen Malaysia telah mengadakan siaran secara langsung Solat Jumaat terus dari Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM menerusi saluran RTM TV1 pada jam 12.00 tengah hari.

Aturcara Majlis Perasmian Masjid Sayidina Abu Bakar, UTeM.

11.30 pagi - Ketibaan dif-dif jemputan
11.40 pagi - Ketibaan YAB Datuk seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka
11.45 pagi - Ketibaan TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
11.55 pagi - Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
- Bacaan doa
- Ucapan YAb Ketua Menteri Melaka
- Titah Perasmian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- Upacara menandatangani plak perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- Persembahan cenderamata kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Dewan Solat
- Solat Jumaat
- Santapan Tengahari
3.00 petang - Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninggalkan majlis
- TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka beredar meninggalkan majlis
- Majlis bersurai












MAJLIS PERASMIAN MASJID SAYYIDINA ABU BAKAR, UTeM DALAM MEDIA

Tuanku Mizan rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar
11/11/2011 3:02pm

MELAKA 11 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin hari berkenan merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Pro Canselor, Tan Sri Dr. Johari Mat serta Ahli Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, warga UTeM dan rakyat jelata.

Selepas bertitah dan menandatangani plak perasmian, baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama rakyat jelata.

Baginda yang tiba di sini pagi ini bagi melakukan lawatan rasmi sehari ke negeri ini.

Sesudah solat, baginda berkenan bersalaman dengan rakyat jelata termasuk pelajar serta warga kerja UTeM yang berpusu-pusu beratur mengambil kesempatan menatap wajah raja yang disanjung tinggi itu.



































Alim Mula Mengaji Al-Quran

Hari ini, 6 November 2011 merupakan Hari Raya Aidil Adha. Hari ini juga diadakan acara simbolik kepada pelajar yang sudah beralih daripada mengaji mukaddam kepada Al-Quran. Dalam upacara simbolik ini, seseorang pelajar akan bersedekah sepinggan pulut kuning kepada gurunya sebagai tanda kesyukuran. Guru akan membacakan doa selamat dan mengagih-agihkan pulut kuning kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sebenarnya Muhammad Alim atau Alim sudah dua minggu beralih kepada mengaji Al-Quran. Walaupun lambat beralih Al-Quran berbanding dengan kakaknya, Miza, akhirnya alhamdulillah beliau dapat berbuat demikian.

Pada sebelah petang, kira-kira jam 5.00 petang, Alim mengaji dengan atuknya, Haji Ayup. Selepas mengaji, kelihatan Alim berbual-bual dengan atuknya sambil makan pulut kuning. Pulut kuning diagih-agihkan kepada semua yang ada petang itu termasuk dibawa pulang sebagai bekalan.

Syukur, alhamdulillah, hajatku agar semua anak-anak dapat menguasai Al-Quran tercapai dan aku berharap semoga keduanya akan khatam dengan bantuan atuknya juga.