Selasa, Jun 28, 2011

Makan Pizza

Dalam perjalanan pulang menjemput Ifa di kelas Tuisyen Bahasa Cina, Alim mengadu lapar. Sewaktu menghadiri jemputan kahwin di rumah Encik Mohammad tadi, Alim tidak makan mungkin masih kenyang. Alim menyebut nak makan pizza. Jadi kami singgah di Pizza Hut, Giant Batu Berendam untuk memenuhi permintaannya.


Dua jenis pizza kami pesan iaitu pizza Pepperoni dan Hawaian Chicken.


Hmm...betul-betul lapar. Enam potong pizza dimakannya sampai kenyang.


Yang ini sepotong pizza Hawaian Chicken yang aku jamah petang itu. Tapi yang tak sedapnya roti bawang yang aku makan dengan mushroom soup tu keras semacam. Aku sempat bertanya dengan pekerjanya tentang roti tersebut dan jawab mereka, roti buat sendiri kerana stok tidak sampai. Boleh pulak macam tu....


Miza memang suka dengan pizza. Yang ini Miza menghirup mushroom soup .


Ifa pula suka dengan pizza Pepperoni. Malu-malu nampak....


Kami juga mencuba air limau dengan jeli. Masam-masam manis...


Pizza Pepperoni berbaki yang sempat dihabiskan oleh anak-anak..


Pizza yang sama kami pesan untuk Arif di rumah. Bila makan mesti teringat anak-anak...


Ida meletakkan sepotong pizza di pinggan Alim.


Aku melihat Ida membahagikan pizza di pinggan anak-anak.


Selepas makan pizza, Miza dan Alim menikmati ais krim.


Miza menikmati ais krim dengan berselera.


Kadang-kadang Ida membantu Alim memotong pizza agar mudah dimakan. Lucu juga bila melihat Alim memegang pisau dengan garfu, tunggang terbalik. Aku sempat menegur dan membantunya memegang dengan cara yang betul.

Isnin, Jun 27, 2011

Majlis Perkahwinan Siti Halijah & Mohd Hairil

Sabtu, 25 Jun 2011. Hari ini merupakan hari perkahwinan Siti Halijah Mohammad dengan pasangannya Mohd Hairil Moktar. Kami sekeluarga menerima undangan daripada rakan sekerja yang juga abang sulung pengantin perempuan, Encik Arman Mohammad. Kami sampai di lokasi majlis iaitu di Taman Seri Duyong pada jam 1.15 petang.


Majlis perkahwinan ini sungguh meriah. Pihak tuan rumah menyediakan sembilan buah khemah untuk para tetamu.























Tertera di banner nama kedua mempelai, Ijah dan Hairil...


Inilah satu-satunya anak perempuan Puan Rosmah Leman dan sememangnya jika anak perempuan pastinya akan sedikit 'berhabis' asalkan meriah. Inilah laluan pengantin iaitu karpet merah dan pintu gerbang. Barulah dikatakan raja sehari....























Bunga manggar tersandar di tembok menantikan kedatangan pihak pengantin lelaki dan rombongan mereka.


Pukul 1.30 tengah hari, Encik Arman yang baru sahaja pulang dari sebuah hotel di Melaka kerana menjemput saudara ayahnya dari Singapura bergegas ke meja kami. Beliau mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan perkahwinan ini. Kami berbual selama lima minit sebelum beliau ke hotel tersebut semula kerana menjemput saudara ayahnya yang lain.


Miza dan Ifa juga turut bersama kami. Arif pula tidak mahu bersama kerana ingin berehat di rumah. Boleh tahan juga makanan yang disediakan. Nasi minyak, kuah daging kurma, ayam sambal dan ditambah dengan acar buah. Itu tidak termasuk cocktail dan tapai sebagai pencuci mulut.


Alim, sempat bergambar bersama kami di meja makan. Anak manja emak, katakan...


Pihak tuan rumah bertuah kerana mendapat bantuan kendarat yang sememangnya rajin. Dalam majlis begini tolong-menolong amat penting.


Jam di tangan menunjukkan pukul 1.45 petang. Kami harus segera kerana ingin menghantar Ifa ke pusat tuisyen Bahasa Cina. Aku sempat bersalaman dengan Encik Mohammad Kasim, bapa pengantin. Sewaktu kami beredar, pihak pengantin lelaki masih belum sampai. Apa pun buat Encik Arman, tahniah kerana mendapat adik ipar...

Jurufoto: Ifa

Rabu, Jun 22, 2011

Penggodam Tempatan Dragon Force Pecahan RileksCrew?

Dalam tempoh beberapa hari ini, kita heboh dicanangkan dan disajikan dengan berita tentang dunia hacking akibat bergolaknya perang siber antara SKMM, The Anonymous, Dragon Force Malaysia dan watak baru adalah RileksCrew yang dikatakan juga sebagai salah satu group yang hack laman web atau portal kerajaan beberapa hari lepas. Betul atau tidak, saya kurang pasti. Tetapi ada juga baca dalam surat khabar yang menceritakan hal ini.
















Jadi, saya ada baca dibeberapa buah blog yang bercerita tentang kumpulan penggodam tempatan atau hacker tempatan iaitu Dragon Force. Dari blog Kenahack.com, mereka mengatakan bahawa kumpulan DragonForce merupakan pecahan daripada RileksCrew, yang mana membawakan ideologi dan agenda yang berbeza berbanding dengan RileksCrew sendiri.

Jadi, jika anda mahu tahu berita lanjut tentang Rilekscrew, Dragon Force dan juga The Anonymous, bolehlah baca dengan lebih teliti di dua link dibawah ini:

1. Kenahack.com
2. Amanz.com

Bagi saya, saya memang tak berapa pandai bab-bab hacking ini. Tetapi saya juga tahu sedikit cara dan skill untuk hack. Tak banyak, itu pun belajar secara tak sengaja. Dan memang tak pernah niat nak hack website atau blog lain, apatah lagi blog kerajaan. Sebab saya tahu jika anda seorang yang tidak tahu cara untuk sembuhkan semula website atau blog yang telah dihack, memang anda akan menangis 24 jam kerana anda fikir anda akan kehilangan semua data yang ada dalam website tersebut.

Dan ada banyak cara untuk hack sesebuah blog atau website. Selain menggunakan cara DDOS attack dan phishing email untuk hack sesebuah website atau blog, ada 1001 cara untuk melaksanakannya. Cuma tidak ramai yang tahu tentang cara tersebut.

Yang pasti, saya nak sarankan pada kerajaan, sila cari mereka-mereka yang pandai hack ini dan tubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari mereka yang pandai dalam bab IT dan sekuriti serta hacker dan cracker. Jika negara seperti US sangat menghargai hacker mereka, mengapa kita tidak? Cadangan saya, buat satu walk-in interview atau temuduga tertutup untuk pekerjaan Hacker ini. Bayarlah mereka dengan harga yang setimpal dengan kerja dan bakat mereka. Saya yakin, ramai yang ingin terlibat.

Sumber: http://ohcikgu.com

Siapa Pula Cracker?

Cracker pula adalah mereka yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem atas tujuan khianat, sabotaj dan sebagainya. Keupayaan mereka adalah sama dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka. Cracker mudah dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya.




















Kaedah individu-individu ini memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai. Teknik utama mereka ialah melalui password cracking. Bagaimanapun terdapat banyak kaedah lain yang lebih cepat yang digunakan mereka terutama dengan menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui penghantaran arahan-arahan elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan mangsa.

Dalam ruang ini, kaedah password cracking sahaja akan diulas memandangkan ianya adalah kaedah biasa dan sering digunakan di semua platform. Kaedah-kaedah alternatif lain tidak akan dibincang memandangkan tekniknya tidak sama untuk setiap sistem dan memerlukan penerangan yang terperinci serta memakan masa (juga bahaya!).

Crytography:
Untuk memahami proses password cracking and perlu telebih dahulu memahami cryptography iaitu proses yang digunakan untuk menukar nombor atau huruf biasa ke bentuk simbol.

Crytography menurut Yam an Akdeniz bermaksud ‘the science and study of secret wiriting“. Crypto berdasarkan perkataan Greek cryptos bermaksud sesuatu yang tersembunyi. Manakala graph di ambil daripada graphia yang bermakna tulisan. Oleh itu cryptography dapat disimpulkan sebagai teknik menyembunyi atau merahsia sesuatu tulisan.

Contoh crytograpy mudah ditujukkan di bawah:

A B C D E F G
1 2 3 4 5 6 7


Huruf A diwakili oleh nombor 1, B 2 dan seterusnya. Katakan password AGEBAD dalam keadaan encrypted ialah 175214. Bagaimanapun proses cryptography hari ini bukan semudah itu. Semakin banyak tenik encryption yang kompleks digunakan untuk menyukarkan para cracker bertugas seperti teknik ROT-13, DES dan Crypt. Untuk keterangan lanjut anda boleh dapatkan info cryptography dilaman http://www.mach5.com/crypto

Level Cracking:
Untuk memecahkan password bukanlah satu kerja cepat dan mudah. Apatah lagi bagi passwword yang menggunakan ‘one way encryption method‘ khususnya dalam operasi UNIX. Ini bermakna, selepas diencrypt, tiada lagi kaedah yang boleh membukanya, walaupun program asal yang digunakan.

Bagaimanapun teknologi hacking yang semakin maju sejajar dengan kemajuan sistem security semasa, memungkinkan sesuatu password itu boleh dipecahkan walau sesukar mana ia dirahsiakan.

Peringkat-peringkat asas memecahkan password dalah seperti berikut:

■Dictionary Attack - pemecahan password dilakukan melalui uji cuba password dengan senarai perkataan (word list) yang dikumpulkan dari berbagai sumber. Selalunya proses ini adalah yang paling cepat terutama sekiranya password asal itu merupakan perkataan yang sering digunakan seharian.

■Hybrid Attack - menggunakan teknik di atas dan keupayaan program yang digunakan, senarai perkataan atau word list yang ada akan ditambah 2 perkataan atau nombor lain di hujung atau permulaannva . la aKan menambah kebarangkalian kejayaan pemecahan password memandangkan kecenderungan pengguna menambah sesuatu di hujung nama mereka sebagai password misalnya saya2004

■Brute Force Attack - teknik Inl a alah langkah terakhir dan yang paling menyeluruh dengan jaminan kejayaan 100 peratus. Yang menyukarkannya ialah masa!. Melalui teknik ini setiap huruf dari a-z, A-Z dan 0-9 serta ASCII character akan digunakan satu persatu sehingga mendapat jawapannya. Berdasarkan teori, teknik ini pasti menemui jawapan sesuatu password.

Keperluan:
Password cracker adalah amat berguna terutama kepada SA untuk menguji keselamatan password yang digunakan oleh pengguna komputer di bawah rangkaian tadbirannya. Program ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan terutama di agensi yang kritikal. Falsafahnya mudah, sekiranya sesuatu password itu terdapat dalam senarai word list, ia adalah tidak selamat.

Password cracker merupakan program yang memerlukan kuasa pemprosesan dan memori komputer yang tinggi. Untuk itu, anda perlu sanggup menghabiskan duit untuk membina sistem yang berkuasa bagi menjalankan password cracking program!.

Password Cracker:

Di sini disenaraikan beberapa jenis password cracker yang sering digunakan mengikut sistem operasi:

■Windows 95 – Hades, Claymore, Cain, PWLFind

■Windows NT – LOpthCrack, ScanNT, NTCrack, Password NT, Brutus . UNIX – Crack, Crackerjack, Viper, John The Ripper, Hellfire, Guess

■Lain2 boleh tengok di sini: http://sectools.org/crackers.html

Perlindungan:
Untuk menghalang 100 peratus serangan password cracker ini adalah sukar. Bagaimanapun sebagai panduan, berikut ini adalah beberapa panduan yang boleh digunakan:

■Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol (bagaimanapun untuk sesetengah web account simbol tidak dibenarkan) misalnya xcWer4#5hgR&@.

■Gunakan semaksimum mung kin password yang dibenarkan serta pastikan bilangannya tidak kurang daripada 8 aksara.

■Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.

■Jangan memberikan password kepada orang lain atau menulisnya di tempat yang mudah dilihat orang. Sebaiknya ingati password sendiri.

■Bagi pengguna internet persendirian di rumah, sila matikan fungsi Netbios: pada sistem windows dan set dial-up (harap maklum: ada yang masih menggunakannya lagi) kepada dial out sahaja. Juga matikan servis pada komputer yang tidak digunakan serta sering lawat laman berkaitan OS yang sering digunakan di internet untuk ketahui hot fix dan security hole yang ditemui.

■Gunakan khidmat pelayan proksi (proxy server) atau install firewall program dalam PC anda seperti Conseal PC Firewall, WinProxy, ZoneAlarm, Freedom, Blacklce dan sebagainya. Kalau ada yang lain korang boleh kongsikannya kat sini.

■Set kan pilihan lock worksation jika gagal mengemukakan password melebihi 5 kali pada sistem keselamatan pc anda.

■Jangan online terlalu lama, putuskan sambungan sekiranya hanya ingin membaca kandungan artikel di internet yang panjang. Juga boleh simpan (save kan) maklumat berkenaan dulu untuk membacanya kemudian atau gunakan Offline Browsing software untuk membacanya.

■Kerap kali mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus,Sniffer dan macam-macam jenis ancaman lagi. Begitu juga jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutama yang mengandungi ‘.com, .vb, .dll, .exe ‘ di hujung nama fail berkenaan.

Sumber: Hairil Hazlan

Siapa Hackers Yang Sebenarnya?

Setelah macam-macam hal berlaku antara isu The Anonymous, Dragon Force Malaysia dan RileksCrew, banyak yang ingin tahu tentang proses hacking dan siapakah hacker yang sebenarnya. Jadi, hari ini saya kongsikan satu artikel yang mungkin membantu anda mengenal seorang hacker.
















Hacker ialah seseorang yang bersifat mempunyai rasa minat dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu Operating System (OS). Beliau selalunya adalah seorang pengaturcara komputer atau jurutera sistem yang ‘advance’ dalam sesuatu sistem komputer sehingga mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem berkenaan melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau maklumat yang di perolehi ini selalunya dikngsi secara terbuka melalui artikel-artikel yang ditulis dan dihantar kepada penerbit untuk siaran. Etika Hacker ialah tidak akan merosakkan sesuatu sistem dengan sengaja!

■Sering kali jika sesebuah sistem komputer atau rangkaian diceroboh, istilah penggodam akan menjadi mangsa. Penggodam adalah individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang komputer. Mereka mempunyai kod etika tertentu dan tidak akan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data. Mereka adalah pengaturcara yang cekap dan terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan produktif.

■Sugimoto, adalah seorang penggodam dan pernah menulis dan membidas pihak media kerana mendakwa penggodam terlibat dalam pencerobohan dan memusnahkan sistem rangkaian komputer. Beliau menegaskan penggodam bukanlah penjenayah seperti penggertak. Penggodam adalah pakar-pakar komputer atau Internet yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem rangkaian dan komputer. Beliau mengesyorkan agar pihak yang terlibat menceroboh dan memusnahkan data serta perkhidmatan di seluruh dunia dikelasifikasikan sebagai penjenayah dan pelaku musnah. Jika tiada penggodam ke atas sesuatu sistem komputer atau rangkaian nescaya ‘kekebalan’ merupakan kualiti yang terpenting pada masa sekarang tidak tercapai.

■Menurut Mark Taber telah mendefinisikan penggodam sebagai individu yang mempunyai minat kerja dalam sistem pengoperasia komputer yang tinggi. Oleh itu penggodam mempunyai pengetahuan awal dalam bidang sistem pengoperasian dan bahasa pengaturcaraan.

Mereka mungkin mengetahui punca sebarang kelemahan dalam sesuatu sistem. Penggodam biasanya akan terus mempertingkatkan dan berkongsi pengetahuan mereka dengan pihak lain dan tidak sekali-kali memusnahkan data dengan sengaja. Kebanyakkan perisian patching dalam sistem komputer atau rangkaian adalah usaha pihak pengodam untuk memastikan sistem tersebut lebih kebal.

Pengkelasan Pencerobohan (Hackers)

Pengelasan serang komputer adalah tertumpu kepada alat yang digunakan untuk laku musnah terhadap komponen IT pihak lawan. Berikut penerangan bagi setiap pengelasan yang dinyatakan :

■Cecacing (worm) – replikasi aturcara secara bersendirian yang menyebar dalam rangkaian atau hos. Ianya direkabentuk untuk menyalin dirinya daripada satu komputer kepada komputer lain atas rangkaian (contohnya menggunakan e-mail) dan tidak perlu bantuan manusia untuk merebaknya.

■Virus (viruses) – replikasi aturcara apabila pengguna melaksanakan aturcara tersebut. Ianya direkabentuk untuk menyebar atau menyalin menyalin dirinya ke dalam aturara lain. Ia memerlukan bantuan manusia sepenuhnya untuk merebak daripada satu komputer ke komputer lain seperti menyalin fail daripada suatu disket yang dijangkiti virus.

■Serangan pelayan (server attack)– klien mengeksploitasi pepijat dalam pelayan untuk melaksana aksi yang tidak diingini. Sesetengah pelayan yang tidak kebal dengan sesuatu perintah komputer berkemungkinan menerima serangan tersebut. Pepijat dalam pelayan mungkin disebabkan oleh sistem pengoperasian atau aplikasi dalam pelayan. Fenomena web defacement merupakan aksi yang paling popular.

■Serangan klien (client attack) – pelayan mengeksploitasi pepijat dalam klien untuk melaksana aksi yang tidak diingini. Serangan klien adalah amat popular berbanding dengan serangan lain. Pepijat dalam pelayan mungkin disebabkan oleh sistem pengoperasian atau aplikasi dalam klien.

■Serangan rangkaian (network attack) – penyerang jauh mengeksploitasi pepijat dalam perisian rangkaian atau kelemahan protokol yang menyebabkan pelayan, router, atau rangkaian gagal atau tidak normal. Contoh serangan rangkaian yang popular ialah maklumat yang dihantar tidak diterima oleh pemilik yang sah atau kandungan maklumat yang dihantar diubah secara tidak sedar.

■Serangan akar (root attack) – pengguna dalam sistem pengoperasian multipengguna memperolehi keistimewaan pengguna lain. Contohnya pengguna biasa mempunyai keistimewaan pengguna root atau super user. Serangan akar ini adalah bergantung kepada sistem pengoperasian yang diserang. Untuk sistem pengoperasian UNIX serangan skrip shell adalah amat popular. Apabila pengguna mempunyai keistimewaan tersebut banyak aktiviti yang dapat dijalankan seperti menanam menghapus fail.

■Intipan (probing) – Alat tersebut sebenarnya penting bagi seorang pentadbir rangkaian untuk mencari kesalahan di jaringan atau untuk memantau adanya serangan. Penyalah gunaan alat tersebut membolehkan musuh mengintip maklumat dalam rangkaian komputer.

■Kesahihan capaian – Kebanyakkan sistem yang kebal mempunyai perlindungan seperti kombinasi kata laluan dan nama pengguna. Terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk meneka kombinasi kunci untuk memasuki sistem secara tidak sah.

■Trojan – Fungsi tersembunyi dalam perisian untuk menyalin atau memusnah fail dalam hos.

Sumber: Hairil Hazlan

Ustazah Hazlinah Meninggal Dunia

Sabtu, 18 Jun 2011. Pukul 2.00 petang, sewaktu balik daripada menjemput anak-anak yang menghadiri kelas pengajian tahfiz dan kelas Bahasa Arab, kami melalui lorong di hadapan rumah Imam Ahmad. Kelihatan dua orang pemuda sedang menunggu di halaman rumah imam barangkali ingin menyampaikan sesuatu berita kepada beliau.

Beberapa meter di hadapan, kelihatan orang sudah mula ramai di hadapan rumah Abang Nan. Aku sangkakan ada kenduri. Tetapi bila aku sampai di rumah, Mak Munah memaklumkan bahawa anak Abang Samah meninggal dunia akibat kemalangan di Tehel.

Allahyarhamah Hazlinah Abu Samah, berusia 34 tahun meninggalkan dua orang anak iaitu Muhamad Hafiz Hakimin Mohd. Hafizi yang berusia 9 tahun dan Mohd. Faerid Mohd. Hafizi, 8 tahun. Bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Selandar, beliau menetap di Selandar tetapi kerap pulang ke rumah bapanya di Kg. Pengkalan Jajar, Alai.

Suaminya pula menetap di Perak kerana mengusahakan kebun-kebunnya di sana. Khabarnya suami arwah beberapa kali mengajaknya bertukar ke Perak tetapi belum diluluskan permohonan pertukarannya. Arwah ada memaklumkan kepada bapanya hasratnya untuk menyambung pengajian di Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) Durian Daun, Melaka namun hasratnya tidak kesampaian.

Pada hari kejadian, suaminya yang tinggal di Perak terpaksa menumpang kereta adiknya yang tinggal di Butterworth untuk balik ke Melaka. Memandangkan jarak perjalanan yang jauh, pengurusan jenazah di Hospital Jasin terpaksa ditangguhkan bagi menunggu suaminya sampai.

Akhirnya jenazah disemadikan pada jam 1.00 pagi di Tanah Perkuburan Alai setelah dimandikan dan dikafankan di hospital. Jenazah sempat dibawa ke rumah untuk tatapan kali terakhir kaum keluarga dan sahabat handai.

Semalam aku sempat menghadiri majlis tahlil di rumah Abang Samah. Allahyarhamah Hazlinah Abu Samah merupakan anak kedua daripada tiga orang anak Abang Samah.

Semoga roh Allahyarhamah Hazlinah Abu Samah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Al-Fatihah...

Berita Kemalangan























Keratan daripada Harian Metro, 20 Jun 2011
























Keratan daripada Utusan Malaysia, 20 Jun 2011

Hadiah Hari Bapa


Sempena sambutan Hari Bapa, aku menerima sekeping kad ucapan dan juga bungkusan kecil hadiah. Dari mana lagi kalau tidak daripada orang tersayang, isteri dan anak-anak.


Sampul ini agak kreatif. Direka dan dicetak oleh Arif.


Ucapan daripada anak-anak...


Ungkapan di dalam ayat-ayat ini sesungguhnya menyentuh perasaan bagi seorang bapa..


Hadiah daripada Ida, Arif, Ifa, Miza dan Alim. Sebuah buku berjudul 'Sudah Islamikkah Keluarga Anda?' merupakan simbolik kepada satu pertanyaan buat aku sebagai seorang bapa. Insya-Allah, aku berdoa semoga aku tidak lupa terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan...

Selasa, Jun 21, 2011

Sambutan Hari Bapa

Kalau bulan Mei diadakan sambutan hari ibu, dalam bulan Jun pula diadakan sambutan hari bapa atau ‘Father's Day’. Tarikh sebenar sambutan hari tersebut juga berbeza-beza mengikut negara berdasarkan persepsi masing-masing. Di Malaysia kita tarikh sambutan hari bapa ditetapkan pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun. Maknanya bagi tahun 2011, tarikh sambutan hari bapa adalah pada 19 Jun 2011.

Laman Wikipedia menjelaskan sejarah sambutan ‘Father’s Day’ secara moden mula dilaksanakan pada 5 Julai, 1908 di Fairmont, West Virginia. Punca sambutan pun boleh rujuk di laman tersebut. Di Malaysia pula tidak pasti bilakah sambutan hari bapa mula diperkenalkan.

Bagaimana pula dengan hukum meraikan hari bapa bagi umat Islam? Ia sama dengan isu hukum sambutan hari ibu. Rasanya selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munasabah.

Sebab itulah setiap Muslim sepatutnya paling kurangpun mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa mereka 5 kali sehari setiap kali selepas solat 5 waktu di samping berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan dan perasaan mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak.

Pada masa yang sama Islam juga telah meletakkan peranan bapa di tempat paling tinggi dalam institusi keluarga. Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, bermoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya.

Secara ringkasnya di antara peranan bapa mengikut perspektif Islam adalah:

1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini;

2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan keluarga, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya;

3. Bapa juga wajib menyediakan tempat kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama; dan

4. Pentadbiran seorang bapa di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya.

Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa.

Selamat menyambut hari bapa kepada semua bapa-bapa di luar sana. Mungkin boleh dilihat semula amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita semua dalam berumahtangga, manalah tahu ada yang terlepas pandang...

Jumaat, Jun 17, 2011

Tahlil Ringkas dan Jamuan Kesyukuran

17 Jun 2011. Hari ini diadakan tahlil ringkas dan doa selamat serta jamuan kesyukuran buat semua staf perpustakaan. Majlis bermula pada jam 12.20 tengah hari dan dihadiri hampir 30 orang staf. Tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Azman Amir.

Tahlil ringkas ini khusus untuk kaum keluarga staf yang sudah tiada manakala jamuan kesyukuran pula buat mereka yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini dan juga mereka yang telah mendapat jawatan tetap.

Pada tahun ini seramai empat orang staf Perpustakaan UTeM menerima anugerah tersebut sempena Majlis Hari Kualiti 2011, Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang diadakan di Dewan Besar UTeM pada 18 Mei 2011 yang lalu.

Mereka ialah Fauziah Hassan, Pustakawan, Aziana M. Bahrim dan Noorlizawati Kamis, Pembantu Perpustakaan dan Amir Hafizuddin A. Bakar, Pembantu Am Pejabat. Keempat-empat mereka adalah antara 142 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.

Bagi Nor Ridzuan S. Kasehan pula, beliau kini berstatus jawatan tetap setelah hampir tiga tahun bertugas di UTeM.

Majlis ini diadakan di Ruang Penjilidan, Unit Perolehan. Turut hadir ialah Cik Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek, Timbalan Ketua Pustakawan. Antara menu yang disajikan ialah nasi ayam, karipap, buah-buahan, kek dan ais krim.

Di dalam majlis ini juga diraikan perpisahan Cik Aziana M. Bahrim yang mendapat jawatan baru dan bertukar ke Pejabat Pendaftar.

Kepada Fauziah Hassan, Aziana M. Bahrim, Noorlizawati Kamis, Amir Hafizuddin A. Bakar dan Nor Ridzuan S. Kasehan, saya bagi pihak staf perpustakaan yang lain mengucapkan ribuan terima kasih di atas jamuan ini. Semoga kalian murah rezeki dan cepat naik pangkat.

Amin!