Rabu, Jun 08, 2011

Cenderamata Hari Lahir

Sewaktu balik dari Bengkel ePrints di Universiti Utara Malaysia, aku dimaklumkan oleh Setiausaha Kelab Staf Perpustakaan UTeM (Listac), Siti Norhashimah menerusi Facebook bahawa ada 'ikan' di atas meja.



Almaklumlah baru pulang dari Kedah dan teringat ikan pekasam yang rakan-rakan setugas beli di Pasar Rabu. Di dalam fikiran siapa pula yang meletakkan ikan di atas meja aku, sudah tentu berbau nanti. Pada fikiran aku, mungkin ikan kering. Ada kalanya staf yang outstation sama ada pergi bercuti, berkursus dan sebagainya membawa pulang ole-ole dan mereka meletakkan di atas meja.

Sebelah petang, aku ke ofis. Minta Arif pergi ke meja untuk mengambil pas pekerja aku dan 'ikan'. Sebaik Arif memasuki kereta dia menunjukkan 'ikan' dan aku tergelak sendirian bila melihat 'ikan' yang dimaksudkan ialah cenderamata kecil berupa pasu dan replika ikan di atasnya dan ucapan hari lahir.



Terima kasih buat Listac khususnya Pengerusinya, Encik Mohd Nasir Hashim dan jawatankuasa beliau di atas idea kreatif ini. Sekurang-kurangnya ia akan dapat menambah koleksi cenderamata aku di ofis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan