Rabu, Jun 08, 2011

Singgah di Pekan Rabu, Alor Setar


Pasar Rabu dari tempat letak kenderaan.


Pemandangan di atas jejantas sewaktu kami melangkah kaki ke Pasar Rabu.


Pasar Rabu Alor Setar.


Deretan kedai di kompleks perniagaan ini menggamit pengunjung melihat apa perniagaan yang dijalankan.


Sebahagian daripada pengunjung yang berkunjung ke Pasar Rabu. Hampir keseluruhan peniaga di sini adalah orang Melayu.


Ikan-ikan pekasam dipamerkan di dalam bekas plastik di hadapan gerai.


Mohd Rashid dan Muaat memilih ikan pekasam yang diingini mereka.


Pekedai ini sedang mencedok ikan pekasam untuk dibungkus.


Di gerai ini, rakan-rakan membeli ikan pekasam untuk bekalan pulang nanti.


Rakan setugas, Rasida dan Norlian turut mencari buah tangan untuk dibawa pulang.


Pemandangan dari tingkat atas Pasar Rabu di mana disediakan gerai-gerai makan di tingkat bawah kompleks berkenaan.


Di Pasar Rabu juga banyak kedai-kedai menjual pakaian.


Rakan-rakan memesan makanan mengikut selera masing-masing dan aku memilih nasi ayam sahaja.


Pukul 6.40 petang, sebelum bertolak balik kami sempat menikmati makan malam di salah sebuah gerai makan di tingkat bawah Pasar Rabu.


Pemandangan dirakam sewaktu berada di atas jejantas berhampiran Pasar Rabu, Alor Setar.


Aku membeli buah-buahan sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Kami singgah di R&R Juru, Sungai Perak dan Seremban sebelum tiba di Melaka pada jam 3.45 pagi.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum warga pekan rabu,atau warga pasar malam klu ada sapa2 nk ambil collagen/rmpai laut yg dah masak warna ungu, untuk dibuat jual blh pm sy 0174069615,1 bkas rm15 org jual sy tlh rm10 untuk 1 bkas klu nk ambik bt jual,bekas bsar bkas taufufah tnggi 1 jari

    BalasPadam