Sabtu, 25 Jun 2011. Hari ini merupakan hari perkahwinan Siti Halijah Mohammad dengan pasangannya Mohd Hairil Moktar. Kami sekeluarga menerima undangan daripada rakan sekerja yang juga abang sulung pengantin perempuan, Encik Arman Mohammad. Kami sampai di lokasi majlis iaitu di Taman Seri Duyong pada jam 1.15 petang.
Majlis perkahwinan ini sungguh meriah. Pihak tuan rumah menyediakan sembilan buah khemah untuk para tetamu.
Tertera di banner nama kedua mempelai, Ijah dan Hairil...
Inilah satu-satunya anak perempuan Puan Rosmah Leman dan sememangnya jika anak perempuan pastinya akan sedikit 'berhabis' asalkan meriah. Inilah laluan pengantin iaitu karpet merah dan pintu gerbang. Barulah dikatakan raja sehari....
Bunga manggar tersandar di tembok menantikan kedatangan pihak pengantin lelaki dan rombongan mereka.
Pukul 1.30 tengah hari, Encik Arman yang baru sahaja pulang dari sebuah hotel di Melaka kerana menjemput saudara ayahnya dari Singapura bergegas ke meja kami. Beliau mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan perkahwinan ini. Kami berbual selama lima minit sebelum beliau ke hotel tersebut semula kerana menjemput saudara ayahnya yang lain.
Miza dan Ifa juga turut bersama kami. Arif pula tidak mahu bersama kerana ingin berehat di rumah. Boleh tahan juga makanan yang disediakan. Nasi minyak, kuah daging kurma, ayam sambal dan ditambah dengan acar buah. Itu tidak termasuk cocktail dan tapai sebagai pencuci mulut.
Alim, sempat bergambar bersama kami di meja makan. Anak manja emak, katakan...
Pihak tuan rumah bertuah kerana mendapat bantuan kendarat yang sememangnya rajin. Dalam majlis begini tolong-menolong amat penting.
Jam di tangan menunjukkan pukul 1.45 petang. Kami harus segera kerana ingin menghantar Ifa ke pusat tuisyen Bahasa Cina. Aku sempat bersalaman dengan Encik Mohammad Kasim, bapa pengantin. Sewaktu kami beredar, pihak pengantin lelaki masih belum sampai. Apa pun buat Encik Arman, tahniah kerana mendapat adik ipar...
Jurufoto: Ifa
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan