Suasana pagi yang nyaman. Pemandangan dari Hotel EDC-UUM, Sintok,
Jalan masuk ke Hotel EDC-UUM dari Changlun.
Pukul 8.30 pagi kami ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM untuk menghadiri Bengkel ePrints. Kami disambut oleh Ketua Pustakawan PSB, Encik Salleh Hudin Mustafa. Sepanjang hari, kami mendapat tunjuk ajar daripada beliau bagaimana untuk membangunkan ePrints.
Sesi tidak formal begini memudahkan kami untuk bertanya lebih banyak soalan tentang ePrints. Fasilitator ini gemar membuat lawak bagi mengurangkan tekanan pada peserta. Beliau suka berkongsi maklumat dan tidak lokek untuk membantu. Kami selesai bengkel hari pertama pada jam 4.45 petang setelah selesai
setup ePrints.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan