Sabtu, September 01, 2012

Majlis Perkahwinan Nadia-Mohd Safwan

Sabtu, 1 September 2012 merupakan hari cuti hujung minggu. Perancangan kami ialah mengunjungi rumah terbuka keluarga Yunus di Kondominium Bukit Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.



Namun begitu, aku perlu terlebih dahulu memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Dato' Prof. Dr. Abu Abdullah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Arif tidak mahu bersama kami ke Petaling Jaya kerana ingin bermain futsal bersama kawan-kawannya di SBPIS. Ifa pun tidak mahu mengikuti kami kerana ingin mengunjungi rumah terbuka Datuk Mat Sirat, di mana anak YB ini adalah rakan sekolahnya di SMKASR.



Pukul 2.00 petang, dalam perjalanan ke PJ, aku dan Ida singgah di majlis perkahwinan tersebut. Memang ramai tetamu yang hadir termasuk TYT yang DiPertua Negeri Melaka. Ramai juga tetamu dari UTeM. Miza dan Alim pula ingin menunggu kami di dalam kereta.



Sewaktu kami sampai, pengantin baru sahaja bersanding. Melihatkan Nadia dan Mohd Safwan, pasangan pengantin pada petang itu, aku tersenyum kerana rasanya macam budak lagi pengantin ni. Comel sangat. Tak sempat aku nak rakamkan gambar pasangan pengantin tu.



Lebih kurang setengah jam berada di sana, aku bersalaman dengan Dato' Prof. Dr. Abu meminta diri. Beliau menghulurkan cenderahati perkahwinan untuk dibawa pulang.

Buat pasangan pengantin semoga jodoh berkekalan sepanjang hayat. Dan buat Dato' Prof. Dr. Abu Abdullah dan Datin Suraya Ahmad, tahniah dapat menantu...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan