Khamis, September 20, 2012

Makan Malam Sempena ICAL 2012

Malam ini saya diminta oleh Ketua Pustakawan untuk menggantikan beliau menghadiri Majlis Makan Malam sempena International Conference On Active Learning (ICAL 2012) dan International Conference On Mobile Learning (Mobilcase 2012) di Grand Ballroom Hatten Hotel, Banda Hilir, Melaka.

Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP), UTeM ini bertujuan meraikan para peserta dan pembentang kertas kerja bagi persidangan International Conference On Active Learning (ICAL 2012) anjuran PPP dan International Conference On Mobile Learning (Mobilcase 2012)anjuran FTMK dan ianya berlangsung pada 18 hingga 20 September 2012 di Dewan Besar UTeM.

Antara tujuan persidangan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan tentang teknik dan kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan SCL.

Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada delegasi antarabangsa dan tempatan di mana sebahagian daripadanya oleh para peserta, pembentang kertas kerja, petugas persidangan serta pegawai-pegawai kanan UTeM.

Sebaik tetamu khas iaitu YB Datuk HJ. Ghazale Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka yang juga ADUN Serkam tiba, beliau diiringi oleh Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ke meja VIP.

Lagu Negaraku dan UTeM Terbilang kemudian dimainkan. Ianya disusuli oleh bacaan doa oleh wakil pengajur.

Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi mewakili Naib Canselor kemudian menyampaikan ucapan aluan kepada semua tetamu dan akhirnya YB Datuk HJ. Ghazale Mohamad mewakili Ketua Menteri Melaka juga menyampaikan amanat daripada Ketua Menteri kepada semua yang hadir serta merasmikan persidangan.

Dalam majlis makan malam ini dipersembahkan juga montaj persidangan. Di samping itu dilancarkan Persatuan Active Learning Interest Group Network (ALIGN), pelancaran buku Mobile Learning dan pelancaran buku Amalan Terbaik Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di IPTA.

Sebaik selesai, para tetamu dijamu dengan hidangan yang disediakan berupa chinese food sambil dipersembahkan alunan lagu instrumental oleh staf UTeM.

Majlis berakhir lebih kurang jam 10.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan