Isnin, Oktober 22, 2012

Lawatan Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam

Hari ini Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kunjungan para pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat (FKM), UiTM Shah Alam.


Seramai 30 orang pelajar Semester 5, Kursus IML 603 – Planning and Design of Information Centre bersama Pensyarah Kanan FPM, Encik Mohd Zaihan Hussin sebagai pengiring tiba di perpustakaan pada jam 10.00 pagi.

Objektif lawatan ini ialah bagi memenuhi syarat kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus tersebut di samping menimba pengetahuan tugas-tugas yang dijalankan oleh sesebuah perpustakaan akademik.

Para pelajar dibawa ke Bilik Tayangan, Aras 2 dan diberikan taklimat mengenai perpustakaan. Taklimat disampaikan oleh Puan Mez Zelina Yusof, Pustakawan di Bahagian Rujukan.

Sebaik selesai taklimat, diadakan perkongsian pengalaman oleh pustakawan kepada para pelajar sebagai persediaan apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Di antara pustakawan yang terlibat dengan perkongsian pengalaman ini ialah Puan Mez Zelina sendiri, Encik Mohd Razif dan Encik Harulrizam.

Kemudian para peserta lawatan dibawa melawat ke bahagian-bahagian perpustakaan seperti Bahagian Perolehan, Bahagian Pengindeksan, Bahagian Rujukan, Bahagian Sirkulasi dan juga ruang-ruang perkhidmatan di perpustakaan.

Lawatan berakhir pada pukul 1.30 petang.























2 ulasan: