Sabtu, Oktober 06, 2012

Lawatan Perpustakaan Sempena Seminar Pembudayaan Keusahawanan

Seramai kira-kira 700 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda ambilan 2012/2013 Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah mengikuti 'library tour' sempena Seminar Pembudayaan Keusahawanan Mahasiswa Sesi 2012/2013 pada 6 Oktober 2012.


Seminar Pembudayaan Keusahawanan Mahasiswa Sesi 2012/2013 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM mensasarkan sejumlah 2300 orang pelajar baru mengikuti seminar ini yang bertujuan menerapkan asas-asas keusahawanan di kalangan pelajar universiti. Seminar ini diadakan di Dewan Besar UTeM dan penceramah terdiri daripada pegawai  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Encik Habibul 'Ajmi Manggar, Pengarah Urusan Orang Kampung Group.



Slot 'library tour' ini dikendalikan oleh Bahagian Rujukan dan diketuai oleh Cik Rasida Abu Bakar. Encik Mohd Razif Dzulkipli, Puan Mez Zelina Yusof, Encik Mahadir Che Ali dan Puan Noraini Mohd Noor juga termasuk di dalam pasukan yang sama dan memberikan penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada para pelajar.



Di antara kemudahan sering digunakan oleh pengguna perpustakaan ialah WebOPAC, Self-Check Machine, ruang bacaan dan kemudahan seperti pangkalan data dan internet.


Para pelajar mengalu-alukan slot 'library tour' ini kerana ia adalah perkara baru dalam kehidupan kampus mereka. Mereka juga digalakkan mengunjungi perpustakaan selepas program ini kerana mereka perlu tahu teknik sebenar penggunaan perpustakaan dan sumber-sumber yang dapat membantu mereka menghasilkan idea dan penulisan yang lebih baik dalam pembelajaran mereka kelak.



Slot 'library tour' bermula pada jam 12.30 tengah hari selesai dua jam kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan