Kelab Staf Perpustakaan UTeM (LISTAC) telah mengadakan Mesyuarat Agungnya kali ke-9 pada 21 Mac 2012 bertempat di Bilik Tayangan 2, Perpustakaan UTeM. Ini adalah barisan jawatankuasa baru yang dilantik pada Mesyuarat Agung Ke-8 pada 13 Januari 2011.
Pengerusi dan Timbalannya meminta perhatian ahli untuk memulakan mesyuarat agung.
Ahli kelab kelihatan gembira dijamu dengan makanan segera.
McDonald...
Makan dulu atau mesyuarat?
Majlis bermula pada jam 2.30 petang. Pengacara majlis, Zaidi Saad merangkap Naib Pengerusi LISTAC seperti lazimnya mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat agung tersebut. Bagi memberkati majlis, Eiisaa Ahyead, staf di Unit Rujukan memimpin bacaan doa.
Barisan AJK dan Penasihat.
Bacaan doa pembukaan majlis oleh Eiisaa Ahyead.
Memulakan agenda Mesyuarat Agung Kali Ke-9, Pengerusi LISTAC, Mohd. Nasir Hashim dijemput memberikan ucapan alu-aluan kepada ahli kelab. Di dalam ucapannya, Mohd. Nasir merakamkan penghargaan di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh ahli terhadap barisan jawatankuasa yang dilantik. Beliau menyeru ahli-ahli kelab agar bersama-sama menyumbangkan idea dalam memperbanyakkan aktiviti kelab.
Mohd. Nasir Hashim, Pengerusi LISTAC.
Menurut Mohd. Nasir lagi, segala cadangan dan kritikan perlulah melalui saluran yang betul dan rasional bukan berlandaskan emosional semata-mata. Katanya lagi, kritikan yang membina akan dapat menambahbaik perjalanan aktiviti LISTAC.
Ahli yang tekun mendengar amanat Pengerusi.
Mohd. Nasir meminta setiap ahli sentiasa berlapang dada dengan apa yang ada. Katanya pada tahun 2012, ikatan ukhuwah di antara ahli perlu diperkukuhkan dan setiap ahli perlu berganding bahu bersama-sama mencapai matlamat penubuhan LISTAC.
Sesekali lucu juga mendengar nasihat Pengerusi.
Sepanjang tahun 2011, banyak aktiviti dapat diadakan antaranya Majlis Iftar, Majlis Persaraan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, lawatan keluarga staf yang sakit dan meninggal dunia, aktiviti sukan dan lain-lain aktiviti sosial.
Barisan AJK yang sedang memikirkan jawapan semasa pembentangan laporan nanti.
"Biarlah kita tidak dihargai tetapi jangan sampai diri kita tidak berharga", ujar Mohd. Nasir ketika menutup ucapannya dan turut memberikan ucapan penghargaan kepada barisan jawatankuasa LISTAC di atas komitmen jitu mereka.
Tekun meneliti penyata kewangan LISTAC.
Agenda seterusnya ialah ucapan aluan daripada Penasihat LISTAC yang juga Ketua Pustakawan, Hajah Faridah Hj. Md. Amin. Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan jawatankuasa di atas tugas dan tanggungjawab yang dipikul dan berharap jawatankuasa dapat menjalankan mesyuarat agung dengan lancar.
Hajah Faridah Hj. Md. Amin, Penasihat LISTAC.
Beliau berharap pada tahun 2012, LISTAC dapat mengadakan aktiviti yang lebih menyerlah dan memastikan segala perancangan dapat disusun dengan teratur. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan dan penyokong pasukan Perpustakaan+FTK di atas kejayaan dalam beberapa sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Antara Jabatan (SAJ). Pada pukul 2.55 petang, Penasihat LISTAC merasmikan Mesyuarat Agung LISTAC Kali ke-9.
Hajah Faridah Hj. Md. Amin merasmikan Mesyuarat Agung LISTAC Kali ke-9.
Bagi menghargai sumbangan Ahli Jawatankuasa LISTAC 2009/2010, Pengerusinya, Harulrizam Mohamed dijemput untuk menerima sijil penghargaan bagi pihak ahli jawatankuasanya.
Harulrizam Mohamed menerima sijil penghargaan bagi pihak ahli jawatankuasanya.
Sebagai sumbangan kepada jabatan, beberapa peserta sukan yang memperolehi pingat dalam olahraga menyerahkan pingat yang diterimanya kepada Ketua Pustakawan. Majlis kemudian menjemput Mohd. Nasir selaku Pengerusi LISTAC menyerahkan sebakul buah-buahan sebagai cenderahati LISTAC kepada perasmi, Puan Hajah Faridah.
Penasihat LISTAC menerima cenderahati daripada Pengerusi LISTAC.
Perjalanan Mesyuarat Agung kemudian diteruskan dengan tayangan montaj. Dua montaj ditayangkan iaitu montaj kenangan bekas ahli LISTAC, Allahyarham Mohd Effendi Rajali yang kembali ke Rahmatullah pada 20 Februari 2012 dan montaj perjalanan aktiviti LISTAC 2011.
Montaj Kenangan Allahyarham Mohd Effendi Rajali
Montaj Aktiviti LISTAC 2011
Sempena dengan majlis ini, diadakan juga pelancaran blog LISTAC yang baru. Blog ini dibangunkan oleh Zuraidah Amar yang akan mengisi berita-berita dan perkembangan semasa serta aktiviti LISTAC sepanjang tahun.
Perjalanan Mesyuarat Agung Ke-9 diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Agung LISTAC Kali ke-8, pembentangan laporan setiap biro bermula dengan laporan penyata kewangan oleh Arman Mohammad selaku Bendahari Kelab, laporan Biro Kebajikan dan Sosial oleh Azman Amir dan laporan Biro Sukan dan Rekreasi oleh Thaqif Mohd Isa.
Arman Mohammad selaku Bendahari LISTAC membentangkan penyata kewangan.
Pembentangan laporan Biro Kebajikan dan Sosial oleh Azman Amir.
Thaqif Mohd Isa membentangkan laporan Biro Sukan dan Rekreasi.
Ahli-ahli LISTAC mencari isu untuk diketengahkan.
Apa yang lucunya tu...? Salleh nak claim duit minuman...
Tahun ni sukan macam mana?
Makin petang makin lesu..
Minit Mesyuarat Agung LISTAC.
Mesyuarat Agung diteruskan dengan agendanya iaitu perkara-perkara berbangkit dan cadangan daripada ahli. Ramai ahli yang memberikan cadangan untuk penambahbaikan aktiviti LISTAC. Di akhir majlis diadakan juga acara potong kek sempena perpisahan Norlian Mohd Najib, ahli LISTAC yang juga Pustakawan yang bakal menamatkan tugasnya di UTeM sebelum menjawat jawatan baru di sebuah firma di Petaling Jaya.
Norlian memotong kek perpisahan sambil diraikan oleh rakan-rakan.
Menerima cenderamata daripada Pengerusi LISTAC.
Mesyuarat Agung LISTAC Kali Ke-9 berakhir ada pukul 5.00 petang.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
2026 Hampir Sampai Ke Penghujung Tahun
-
Hai....
Lama tak bersiaran.8 tahun telah berlalu...Alhamdulillah diberi kesihatan
yang baik untuk aku menerjah blog yang hampir aku lupakan. Oleh keran...
KYT VENOM OPEN KASMA DANIEL HELMET
-
Alhamdulillah
Akhirnya berjaya mendapatakan helmet idaman dengan harga yang lebih murah
berbanding pasaran dan kedai.
Beli dari Lazada pada 11.11.2018. Ha...
Bercuti Ke Krabi-Hatyai
-
Sebenarnya aku nak pergi ke Krabi ni sepatutnya tahun lepas (2016), namun
di sebabkan kesibukan, keduitan serta ketidaksungguhan menyebabkan ianya
tertang...
Kursus One Spirit, One Team, One Voice
-
Sepanjang tempoh berkhidmat selama 8 tahun ini, akhirnya pada 10-12 Feb 17
aku berpeluang mengikuti kursus di luar kampus iaitu di Sri Menanti Resort,
N9...
Bila nak start diet?...hohoho
-
Selamat Tahun Baru Semua...(apa hal nyer ni wa dah nk masuk bln 3 da..)
pic ni sbg reminder utk aku...do something wawa..nmpk mcm 40 plus..
Teruk giler k...
Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah
-
Tak la special mana menu aku ptg semalam...kebetulan pula semua bahan
ada....buat je la....jadi tk jadi lain cerita.Kalau tak mencuba lagi la tak
tau.
In...
-
*Waiting for FS a.k.a MEDELA FREESTYLE*
Lama tol tak mencoret... aritu line tak berapa bagus kat tmpt keja ni...
Alamak! byk pulak short form yang saya tai...
~ AGM LISTAC ~
-
[image: http://www.smileycodes.info] Fuh~~~ Alhamdulilah, hari ni dah boleh
bernafas dengan lega...hehehe dari hari isnin sampai rabu (semalam) CMJ dan
rak...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
Kenapa aku berhenti ambil whey protein ?
-
2 tahun tanpa whey protein
Whey protein antara makanan tambahan yang sering ambil dulu. Sebulan mesti
1 botol. Tak kira la jenama apa , mesti akan aku c...
2020, Impian Menjadi Realiti
-
Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat
lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan
20...
Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
-
Ni memang ramai orang PM nak tahu iternary kat Krabi..
dekat setahun jugak baru ada masa nk upload. sorry.. harap membantu pada
yang nak pergi tu :)
...
Second Batch Of LCS coming into the Horizon?
-
The RMN's 15-to-5 Armada Transformation Program plan seems to have gained
some tailwind with the receipt by BNS of the LOA for the supply of four
China de...
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
-
As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau
sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga
cabang m...
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI..
-
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI
Harga RM30sem/SSWK
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Email nbkara_ofis@yahoo.com
*Zaida* memberhentikan keretanya di Jala...
Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
-
Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah
apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan
setiap...
High Waist Slimming Panty
-
Ha...korang baca tak title besar tu....tu la side income aku sekarang...tak
menang tangan di buat nye...aku jual online pun ada...offline pun
ada...tapi la...
SENARAIKAN BLOG MAKAN-MAKAN PILIHAN ANDA!!
-
Salam sejahtera semua.. lama sudah saya tidak update blog ini kan.. maafkan
saya ye.. ok untuk itu saya nak buat satu entri tapi bukan undian la cuma
mahuk...
Happy 4th Birthday My Little Princess
-
ni gambo masa birthday hana yg ke-4 on 26th Sept 08. Kesian kat dia,
birthday nye asyik jatuh bln puasa jer..hhehe..so, as usual, kitaorg
celebrate kat uma...
Welcome my New Blog!
-
01 Oct 2008, I am officially move to: http://robinng.com/newblog/ Hope you
all like it!but i still keep my old blog here! or if you kind enough can go
to m...
Senarai penuh pemenang anugerah SAM 2023
-
Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bukan sekadar
meraikan hasil laporan-laporan media terbaik setiap tahun. Ianya juga
merupakan me...
MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
-
Berikutan tulisanku yang disiarkan dalam stadiumastro.com pada 23 Februari,
2016.
*Kerjasama yang terjalin hasil cetusan ilham Astro Arena dengan Astro
Di...
Get Set For a Battle Of Raw Power
-
*KUALA LUMPUR (**8 August, 2017**):* Sweat, tears, hard work and
perseverance will be shed when participants battle for honours in the
second edition of ...
Still with a chance
-
After 2 big defeats, the national Hockey team has its backs against the
wall.
There is still an opportunity to make the World Cup despite the two defeat...
Potential FAM Sec Gen Candidates
-
While the focus of attention is on the battle for presidency of the
Football Association Malaysia, this blog wants to divert attention to a
more serious ...
Nominees for FIA Ballon d"Or
-
The contenders for this year’s FIFA Ballon d’Or award for the best player
of 2013 and for the FIFA Women’s World Player of the Year 2013 award were
announc...
I'm back!!
-
Hi All.
No Excuse, been too busy with other things. Updating my blog went way down
in my list of priorities.
But suddenly, I feel the need to update it onc...
Isu ITC Balaban buat Selangor pening kepala
-
SELANGOR berdepan kemungkinan terpaksa mengharungi 10 lagi perlawanan
dengan hanya bersandarkan penyerang tempatan andai Sijil Perpindahan
Antarabangsa (I...
AKTIF KEMBALI DEMI PIALA DUNIA
-
KEJOHANAN bola sepak berprestij di dunia kembali lagi, Piala Dunia 2010
menyaksikan Afrika Selatan pula menjadi tuan rumah...
Tak kira di mana sahaja, puk...
Perancangan dan Keyakinan: 2 Sayap Menuju Kejayaan
-
Dalam perancangan kehidupan, niat baik merupakan asas utama. Niat yang
ikhlas bukan sekadar langkah pertama,...
The post Perancangan dan Keyakinan: 2 Say...