Jumaat, Januari 14, 2011

Mesyuarat Agung LISTAC Kali Ke-8

Kelab Staf Perpustakaan UTeM (LISTAC) telah mengadakan Mesyuarat Agungnya kali ke-8 pada 13 Januari 2010 bertempat di Bilik Tayangan 2, Perpustakaan UTeM. Majlis bermula pada jam 2.00 petang. Pengacara majlis, Salleh Mohd Noor seperti lazimnya mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat agung tersebut.

Pengerusi LISTAC 2009/2010, Harulrizam Mohamed mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas segala sokongan mereka semasa beliau menerajui LISTAC dan menyatakan setakat itulah sahaja yang termampu beliau dan jawatankuasanya melaksanakan amanat yang diberi dan berharap jawatankuasa baru dapat membuat penambahbaikan kepada aktiviti sedia ada.

Penasihat LISTAC, Hajah Faridah Md Amin pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi dan jawatankuasa yang lalu serta semua ahli yang telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada LISTAC. Beliau mengharapkan ahli juga dapat memberikan komitmen yang sama terhadap jawatankuasa baru yang bakal dilantik kelak.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj berkenaan aktiviti-aktiviti LISTAC yang lalu. Montaj disediakan oleh Mohd Siddiq Azizi Jais.

Bagi menarik perhatian ahli agar terus berada di dalam mesyuarat agung, cabutan nombor bertuah diadakan. Mereka yang bertuah ialah Siti Norhashimah Kolah, Mohd Efendi Rajali, Mohd Siddiq Azizi Jais, Abdul Halim Abdul Mokte, M. Jefridzain Jaafar, Jumakyah Yacoob dan Mohd Mawardi Badruddin.

Mesyuarat Agung bermula dengan pembentangan penyata kewangan oleh Bendahari, Noraini Mohd Noor dan dikuti dengan pembentangan laporan aktiviti setiap biro.

Pukul 3.30 petang, jawatankuasa LISTAC tahun 2009/2010 dibubarkan dan pemilihan jawatankuasa baru dilaksanakan. Pukul 4.15 petang terbentuklah jawatankuasa baru LISTAC tahun 2011/2012 setelah melalui proses pemilihan selama 45 minit.

Pukul 4.20 petang, Zaidi Saad, Naib Pengerusi yang mewakili Pengerusi LISTAC yang baru, Mohd Nasir Hashim di dalam ucapannya mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua ahli dalam melaksanakan aktiviti LISTAC.

Sebanyak dua usul dibawa ke dalam mesyuarat agung ini iaitu ahli mencadangkan supaya dibangunkan laman web LISTAC dan menaikkan kadar yuran keahlian sedia ada. Kedua-dua usul ini diterima dengan sedikit penambahbaikan iaitu kenaikan kadar yuran bagi ahli yang menjawat jawatan kanan di perpustakaan.

Di akhir majlis, cabutan nombor bertuah terakhir diadakan. Mereka yang menerima hadiah berupa hamper adalah Nik Nurhaslinda Nik Mohd Yusoff, Nik Syukran Muiz Rashid, Noraini Mohd Noor, Siti Noor Kiah Syed Abdul Malek, Fauziah Hassan, Noraidillah Rasdi, Thaqif Mohd Isa dan Azman Hj. Ayup.

Mesyuarat Agung Kali Ke-8 tamat pada jam 4.45 petang. Sekalung tahniah buat barisan kepimpinan baru LISTAC. Mesyuarat Agung LISTAC Kali Ke-8 ini menyaksikan jawatankuasa terpilih merupakan gandingan muka lama dan baru yang bakal menerajui kelab untuk tempoh 2 tahun lagi.


Ahli Jawatankuasa LISTAC 2011/2012

Penasihat: Hjh. Faridah bt. Hj. Md. Amin
Pengerusi: Mohd Nasir Hashim
Naib Pengerusi : Zaidi Saad
Setiausaha : Siti Norhashimah Kolah
Naib Setiausaha : Suzana Lazim
Bendahari : Arman Mohamad
Penolong Bendahari : Zuraidah Amar
AJK Biro Sukan & Rekreasi : Thaqif Mohd Isa
AJK Biro Kebajikan & Sosial : Azman Amir
AJK Tugas-tugas Khas : Muaat Muji
Pemeriksa Kira-kira 1 : Abu Hassan Shamsudin
Pemeriksa Kira-kira 2 : Aziana M.Bahrim


sekalung penghargaan buat jawatankuasa lama...

Ahli Jawatankuasa LISTAC 2009/2010

Penasihat: Hjh. Faridah bt. Hj. Md. Amin
Pengerusi: Harulrizam bin Mohamed
Naib Pengerusi : Mahadir bin Che Ali
Setiausaha : Hasliza bt. Mohamed
Naib Setiausaha : Sabariah bt. Ismail
Bendahari : Noraini bt. Mohd Noor
Penolong Bendahari : Jumakyah bt. Yacob
AJK Biro Sukan & Rekreasi : Mohamad Rashid bin Jantan
AJK Biro Kebajikan & Sosial : Salleh bin Mohd Nor
AJK Tugas-tugas Khas : Mohd Siddiq Azizi bin Jais
Pemeriksa Kira-kira 1 : Rasida bt. Abu Bakar
Pemeriksa Kira-kira 2 : Fatilah bt. Ramly


Fakta Pengundian:

Jawatan Pengerusi (undian kedua tertinggi layak menjadi Naib Pengerusi)

Mohd Nasir Hashim - 18 undian
Zaidi Saad - 15 undian

Azman Amir - 5 undian
Noor Rahman Jamiah Jalil - 1 undian
Mohd Mawardi Badruddin - 1 undian

Jawatan Setiausaha (undian kedua tertinggi layak menjadi Naib Setiausaha)

Siti Norhashimah Kolah - 24 undian
Suzana Lazim - 4 undian

Zuraidah Amar - 3 undian
Azman Amir - 1 undian
Aziana m. Bahrim - 1 undian
Mohd Shahar Akashah - 1 undian

Jawatan Bendahari (undian kedua tertinggi layak menjadi Penolong Bendahari)

Arman Mohamad - 16 undian
Zuraidah Amar - 13 undian

Aziana M. Bahrim - 5 undian
Mohd Shahar Akashah - 5 undian
Fauziah Hassan - 3 undian
Norlian Mohamed Najib - 1 undian

AJK Biro Sukan & Rekreasi

Thaqif Mohd Isa - 36 undian
Nik Syukran Muiz Rashid - 2 undian
Ahmad Abu Bakar - 2 undian

AJK Biro Kebajikan

Azman Amir - 30 undian
Muaat Muji - 6 undian
Noor Rahman Jamiah Jalil - 4 undian
Kamariah Kamis - 2 undian

AJK Tugas-tugas Khas

Muaat Muji - 24 undian
Noor Rahman Jamiah Jalil - 8 undian
Noraidillah Rasdi - 2 undian
Amir Hafizuddin Abu Bakar - 1 undian
Abdul Halim Abdul Mokte - 1 undian
Mohd Ikbar Abdul Jabar - 1 undian
Norafzalizad Abdul Latif - tiada undian

Jawatan Pemeriksa Kira-kira 1 (undian kedua tertinggi layak menjadi Pemeriksa Kira-kira 2)

Abu Hassan Shamsudin - 17 undian
Aziana M. Bahrim - 11 undian

Norlian Mohamed Najib - 7 undian
Azman Hj. Ayup - 5 undian
Norafzalizad Abdul Latif - 1 undian









































2 ulasan:

  1. well done to As juga utk penyediaan montaj.. Penyediaan slide yg menarik...!!

    BalasPadam
  2. Yup, perjalanan AGM yang lancar dan montaj yang menarik...Tabik kepada semua yang berusaha!!!

    BalasPadam