Ahad, Januari 09, 2011

Hidup Berjiran

Pada umumnya manusia suka hidup berteman. Suka berteman ini umumnya didorong oleh pelbagai perkara, diantaranya kerana naluri kemanusiaan yang memerlukan hidup berkumpul. Dari hidup berkumpul inilah manusia dapat memenuhi segala hajat mereka.

Pada ketika manusia memerlukan sebuah rumah, ia tidak akan dapat dibangunkan sekiranya ia tidak dibantu manusia lain. Pada manusia berfikir pula untuk mendapat keuntungan, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti berniaga, menjadi buruh dan lain-lain lagi. Akhirnya terbentuklah sebuah manusia dalam usaha memenuhi keperluan mereka sehari-hari. Mulai dari sini terbentuklah satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, saling berhubungan kenal sebagai jiran tetangga.

Kehidupan berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup berjiran ini dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup berjiran.

Rasulullah SAW tidak melupakan masalah berjiran ini di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran.

Pada suatu hari Rasulullah SAW datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda bersabda kepadanya, “Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu dari masakanmu itu dengan baik”

Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Hai wanita-wanita Muslimah, janganlah menganggap remeh dengan merasa rendah memberi sedekah kepada jiran kamu, walaupun, sekadar kaki kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Biasanya terdapat segelintir orang yang membatalkan niatnya memberi sedekah kepada jiran kerana menganggap apa yang akan mereka berikan itu tidak ada harganya dan tidak layak. Padahal, jika kita mengikuti tuntutan Rasulullah SAW sebagaimana tersirat di dalam hadis di atas, bukanlah begitu caranya. Kita hendaklah menghargainya walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Demikian juga pada jiran yang lain. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak pula ada hujung pangkalnya.

Sesungguhnya hadiah atau pemberian seseorang itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan dan kasih sayang. Tidak mungkin seseorang akan memberi sesuatu kepada orang lain tanpa didorong seseorang mahu memberi sedekah kepada orang lain.

Dari Abi Syuraih al-Khusa’i RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam”. (Riwayat Muslim)

Marilah kita renung-renungkan bersama..

2 ulasan:

  1. jiran saya mostly non bumi and non muslim...tapi depa ok je

    BalasPadam
  2. Sebaiknya begitulah...barangkali pada masa kesusahan kita nanti, ianya membantu...siapa tahu?

    BalasPadam