Isnin, 3 Januari 2011. Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2011. Boleh dikatakan setiap tahun apabila sesi persekolahan bermula, aku dan Ida akan mengambil cuti. Bukan apa, sekadar memberi semangat kepada anak-anak. Dan di samping itu, kami juga akan mengaturkan jadual harian anak-anak agar pergerakan mereka teratur atau terancang.
Bagi Arif yang sudahpun berada di Tingkatan 3, ianya tidak menjadi masalah. Yuran boleh dijelaskan sendiri. Tetapi bagi anak-anak yang lain, rasanya perlu diuruskan oleh kami.
Bersekolah di SJK Cina memang sukar terutama dari segi makanan. Perlu dibekalkan makanan dari rumah kerana di sini makanannya tidak halal. Waktu rehat bagi murid-murid di sekolah ini ialah pukul 10.00 pagi. Kantin sesak dan bagi murid-murid yang beragama Islam, mereka akan memakan bekalan di bangku-bangku yang disediakan di bawah pokok di tepi padang.
Anak-anak seronok bila ibu bapa membawa makanan untuk mereka. Sambil makan sambil berbual. Terasa dimanjakan. Kadang-kadang lucu juga bila melihat gelagat anak-anak terutama Alim. Sekejap-sekejap hilang, kemudian muncul semula di celah-celah puluhan murid yang simpang-siur di padang. Alim meminta Ida tidak meninggalkannya dan pandangan matanya kerap ke luar sewaktu guru bercakap di hadapan.
Pukul 1.40 petang, waktu balik. Kami sudahpun berada 10 minit lebih awal. Ifa, Miza dan Alim dibawa ke kedai makan. Alim disuapkan oleh Ida dan sambil makan kami berbual-bual tentang aktiviti di sekolah.
Pukul 2.30 petang, aku menjemput Arif di sekolah. Miza dan Alim dihantar ke Sekolah Rendah Agama Jalan Datuk Palembang. Tahun ini Miza dilantik menjadi pengawas. Alim dalam darjah 1 dibenarkan pulang selepas pendaftaran manakala Miza meneruskan pelajaran di kelas. Pukul 6.15 petang, kami menjemput Miza di sekolah.
Begitulah habisnya masa menguruskan anak-anak di hari pertama persekolahan mereka. Walaupun penat terasa seronok melihat keletah anak-anak di sekolah.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan