Sewaktu mengadakan perbincangan SWOT di Bilik Mesyuarat petang semalam, timbul satu pertanyaan di kalangan ahli mesyuarat iaitu bagaimana kita memandang sesuatu isu sama ada menggunakan mata lalat atau mata lebah? Agak menarik ungkapan ini.
Pernahkah kita melihat mata kedua haiwan ini? Mungkin pernah dan mungkin tidak tetapi penelitian terhadap kedua mata haiwan ini agak tersirat.
Mata lalat. Macam mana mata lalat tu? Kita andaikan lalat dan lebah ni berada di sebuah taman. Tetapi dari pandangan mata lalat, apakah benda yang dicarinya? Sudah tentulah najis, sampah dan benda-benda kotor. Berlainan pula dengan mata lebah. Lebah akan mencari pokok-pokok bunga segar dan mengutip segala madu untuk dikumpulkan walaupun ia berada di tempat yang kotor.
Begitulah analogi yang ingin disampaikan berkaitan mata manusia. Mata kita. Kita adalah apa yang kita lihat dan fikirkan.
Jika fikiran kita kotor, kita akan sentiasa nampak keburukan orang lain. Namun, jika fikiran kita baik, kita akan sentiasa memandang orang lain dengan pandangan yang baik. Pandangan yang positif. Pandangan yang memuliakan.
Begitu juga jika kita berada dalam keluarga, kelas, sekolah, tempat kerja, organisasi atau di mana sahaja, sekiranya kita mempunyai mata lalat, maka kita akan melihat perkara negatif sahaja pada ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, bos kita dan pada orang lain. Tetapi, sekiranya kita mempunyai mata lebah, kita akan melihat yang positif sahaja pada mereka.
Dan sekiranya rakan-rakan atau saudara kita mempunyai 99 keburukan dan hanya satu sahaja kebaikan, maka lihatlah kebaikannya itu manakala sekiranya kita ada 99 kebaikan dan satu sahaja keburukan, maka tengoklah keburukan kita itu...
Marilah kita bermuhasabah diri. Kita punyai mata yang mana? Dan selama ini kita memandang orang lain dengan pandangan yang mana? Mata lalat atau mata lebah? Jika kita bermata lalat, berusahalah untuk menukar pandangan kita ke mata lebah. Ini adalah bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW iaitu husnuzon iaitu memandang sesuatu dan bersangka baik dengan orang lain bukan bersangka jahat.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
terkadang amat sukar untuk mengawal diri
BalasPadammata hati juga yg hakiki