Ahad, Januari 09, 2011

Cerekarama Cinta Buta

Malam ini aku sekeluarga berpeluang menonton Cerekarama TV3 berjudul Cinta Buta. Cerekarama ini adalah lakonan Nor Syuhaida yang pernah memegang watak Dottie dalam drama bersiri di Astro Ria manakala pelakon lelakinya Fikhree Bakar yang pernah berlakon dalam Arjuna. Lain-lain pelakon yang terlibat ialah Syanie, Amanda Misbun, Hairie Othman dan Abby Abadi. Jalan ceritanya simple tetapi menarik.



Cinta Buta mengisahkan seorang gadis bertubuh saiz XXL yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran mewah di Kuala Lumpur. Farah Diba sering dipandang sinis oleh masyarakat. Semuanya berubah selepas pertemuan Farah Diba dengan seorang peguam yang berkaliber, Ahmad Dhani.

Ahmad Dhani yang buta sejak umurnya 15 tahun sering berkunjung ke restoran di mana Farah Diba bekerja untuk menikmati masak lemak jantung pisang. Ahmad Dhani amat menggemari makanan masakan Farah Diba, namun begitu beliau tidak dapat melihat Farah Diba kerana cacat penglihatan.

Akhirnya Ahmad Dhani jatuh cinta dengan Farah Diba. Mereka bercinta hingga pada satu masa Ahmad Dhani menyatakan ingin menjalani pembedahan mata.

Farah Diba menjadi gelabah bila mendapat tahu Ahmad Dhani akan celik semula. Dia cuba menjauhkan diri dengan meminta rakan sekerjanya menyamar sebagai Farah Diba. Akhirnya hubungan cinta berputik di antara keduanya dan Farah Diba mula rasa dikhianati.

Dia merasa jauh hati dan menyesal dengan tindakannya kerana tidak meyakini dirinya sendiri. Rupa-rupanya itu bukan Ahmad Dhani sebaliknya Ahmad Darus, abang Ahmad Dhani yang diminta menyamar untuk mengetahui siapa sebenarnya Farah Diba.



Cerita ini mengingatkan aku kepada filem P. Ramlee, Ibu Mertuaku terutama bab penyamaran. Akhirnya, Ahmad Dhani mendapatkan kembali penglihatannya. Dia menerima Farah Diba seadanya dan mereka dikurniakan cahaya mata dan keluarga yang bahagia.

Kisah ini berakhir dengan happy ending...

Menariknya lagu dalam drama ini iaitu Cinta Itu Buta nyanyian Kumpulan Armada bila lagu itu diulang-ulang. Kesimpulannya cinta itu terletak pada hati bukan pada paras rupa sahaja...



Armada - Cinta Itu Buta

salahkah bila aku mencintaimu
dan berharap engkau kan jadi milikku
walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku


reff:
sayang ku mohon jangan tolak cintaku
jiwa ragaku ini hanya untukkmu
aku rela berkorban demi cintamu itu

biarlah orang berkata apa
manusia tiada yang sempurna
kuterima kau apa adanya
yang penting aku bahagia

manusia tiada yang sempurna
kuterima kau apa adanya
yang penting aku bahagia
sayang..cinta itu buta.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum.. sy minat sangat cerekarama cinta buta yg dottie berlakon ni..puas sy cri cerita ni untuk download full still xjumpa..boleh tlg x?

    BalasPadam