Khamis, Oktober 11, 2012

Orang Yang Tahu

Secara ringkasnya manusia terbahagi kepada empat karakter.


Pertama, orang yang tahu, dan ia tahu bahawa dirinya tahu, dialah orang alim dan berilmu, maka bertanya atau belajarlah daripadanya.

Kedua, orang yang tahu, tapi ia tidak tahu bahawa dirinya tahu. Inilah orang yang lupa. Maka ingatkanlah dia.

Ketiga, orang yang tidak tahu, dan ia tahu bahawa dirinya tidak tahu. Inilah orang yang minta bimbingan, maka bimbinglah ia.

Keempat, orang yang tidak tahu, tapi ia tidak tahu bahawa dirinya tidak tahu, inilah orang bodoh. Maka jangan bergaul dengannya.

Demikianlah, orang alim atau berilmu itu adalah orang yang tahu dan ia tahu bahawa dirinya tahu. Orang ini faham apa yang harus dilakukan dan apa yang harus ditinggalkan.

Anda di kelompok manusia yang mana?

Sabtu, Oktober 06, 2012

Lawatan Perpustakaan Sempena Seminar Pembudayaan Keusahawanan

Seramai kira-kira 700 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda ambilan 2012/2013 Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah mengikuti 'library tour' sempena Seminar Pembudayaan Keusahawanan Mahasiswa Sesi 2012/2013 pada 6 Oktober 2012.


Seminar Pembudayaan Keusahawanan Mahasiswa Sesi 2012/2013 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM mensasarkan sejumlah 2300 orang pelajar baru mengikuti seminar ini yang bertujuan menerapkan asas-asas keusahawanan di kalangan pelajar universiti. Seminar ini diadakan di Dewan Besar UTeM dan penceramah terdiri daripada pegawai  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Encik Habibul 'Ajmi Manggar, Pengarah Urusan Orang Kampung Group.



Slot 'library tour' ini dikendalikan oleh Bahagian Rujukan dan diketuai oleh Cik Rasida Abu Bakar. Encik Mohd Razif Dzulkipli, Puan Mez Zelina Yusof, Encik Mahadir Che Ali dan Puan Noraini Mohd Noor juga termasuk di dalam pasukan yang sama dan memberikan penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada para pelajar.



Di antara kemudahan sering digunakan oleh pengguna perpustakaan ialah WebOPAC, Self-Check Machine, ruang bacaan dan kemudahan seperti pangkalan data dan internet.


Para pelajar mengalu-alukan slot 'library tour' ini kerana ia adalah perkara baru dalam kehidupan kampus mereka. Mereka juga digalakkan mengunjungi perpustakaan selepas program ini kerana mereka perlu tahu teknik sebenar penggunaan perpustakaan dan sumber-sumber yang dapat membantu mereka menghasilkan idea dan penulisan yang lebih baik dalam pembelajaran mereka kelak.



Slot 'library tour' bermula pada jam 12.30 tengah hari selesai dua jam kemudian.

Khamis, Oktober 04, 2012

Majlis Pelancaran Pelan Strategik UTeM 2012-2020 Dalam Media

Berikut laporan akhbar berkaitan Majlis Pelancaran Pelan Strategik UTeM 2012-2020 yang disempurnakan oleh Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM pada 3 Oktober yang lalu.



UTEM Launches 8-year Strategic Plan - Bernama, 3/10/2012.

MELAKA, Oct 3 (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  today launched its 2012-2020 Strategic Plan Book which outlined six approaches towards its vision of becoming a leading creative and innovative technical university at the global level by 2020.

 UTeM vice-chancellor Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan said the plan encompassed charting the future of UTeM over eight years.

 He said four strategies outlined in the plan were driving technical education excellence, pioneering future technologies on education and innovation, raising quality techno-entrepreneur leaders as well as prospering and improving community potential including industries at global level.

 "We are also drafting supporting strategies on management talent to focus on building strong UTeM workforce to drive the four strategies," he told reporters after launching the plan and a new UTeM logo here Wednesday.

 He said the plan designed jointly with the Higher Education Ministry, UTeM Board of Directors, students and industry also outlined the university's strategy to be free of financial dependence on the ministry or government in its operational cost.



UTeM launches 8-year strategic plan - Malay Mail, 3/10/2012.

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) today launched its 2012-2020 Strategic Plan Book which outlined six approaches towards its vision of becoming a leading creative and innovative technical university at the global level by 2020.

UTeM vice-chancellor Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan said the plan encompassed charting the future of UTeM over eight years. 

He said four strategies outlined in the plan were driving technical education excellence, pioneering future technologies on education and innovation, raising quality techno-entrepreneur leaders as well as prospering and improving community potential including industries at global level.

"We are also drafting supporting strategies on management talent to focus on building strong UTeM workforce to drive the four strategies," he told reporters after launching the plan and a new UTeM logo here today.

He said the plan designed jointly with the Higher Education Ministry, UTeM Board of Directors, students and industry also outlined the university's strategy to be free of financial dependence on the ministry or government in its operational cost.

Meanwhile, Ahmad Yusoff said UTeM was building a Green Cafe project under its UTeM Leadership Development Programme in stages at all cafeterias in the university.

He said the project received the cooperation of the Hang Tuah Jaya Municipal Council in implementing a system of kitchen waste treatment through a special bin to prevent oil pollution in the drain and waterway.

UTeM also hoped to cooperate with the Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation to carry out food waste composting into plant fertilizer under the same project, he said.

At the ceremony, Ahmad Yusoff also launched the new logo of UTeM in line with its rebranding to boost the new image of UTeM which was more dynamic and better reflect the aspiration of university students for greater achievements in future. - Bernama



UTeM dijenama semula - Harian Metro, 4 Oktober 2012.

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) teknikal pertama negara beroperasi sejak 11 tahun lalu, melaksanakan penjenamaan semula dengan memperkenalkan logo baru, semalam.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata, logo baru itu dicipta seiring dengan pelancaran Pelan Strategik 2012-2020 yang dirangka pihaknya bagi melonjak UTeM sebagai universiti teknikal tersohor di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, ia juga sebagai sebahagian usaha untuk menyuntik semangat warga UTeM termasuk kakitangannya supaya terus komited menjadikan matlamat universiti berkenaan tercapai.

“Logo yang lama tidak dikenali ramai. Logo baru ini berkonsep penataan akronim yang bakal menyerlahkan penjenamaan UTeM sekali gus memberikan imej baru lebih dinamik dan berdaya saing di kalangan IPT.

“Kita mahu orang ramai tahu kehadiran UTeM dan penjenamaan ini penting untuk mempamerkan peranan yang dimainkan universiti ini selain menyuntik semangat warga UTeM supaya lebih bermotivasi serta beraspirasi selepas 11 tahun beroperasi,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Pelan Strategik 2012-2020 universiti itu di sini, semalam.

Dalam pada itu, kata Ahmad Yusoff, pelan strategik lapan tahun itu bagi membolehkan UTeM menjadi universiti teknikal kreatif dan inovatif terkemuka di dunia dengan misi baru iaitu ‘Menerajui Kesejahteraan Negara dan Dunia’ “Pelan ini dirangka supaya kita tidak ketinggalan dalam cabaran pendidikan, teknologi dan maklumat yang dinamik.. Kami turut memperkenalkan slogan baru iaitu ‘Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui.

“Ia juga akan memberi hala tuju jelas kepada semua warga UTeM untuk menjana aktiviti dan perancangan yang selari dengan pelan dirancang bagi membolehkan universiti dihirmati,” katanya.

Pelan itu mempunyai empat teras utama iaitu mempercepatkan kecemerlangan pendidikan teknikal, merintis teknologi masa depan, membentuk pemimpin mempunyai teknologi keusahawanan dan memakmurkan potensi komuniti.

“Empat teras utama pelan strategik ini disokong oleh dua teras sokongan iaitu pengurusan bakat dengan membina tenaga kerja,” katanya.


UTeM lancar pelan strategik bagi tempoh lapan tahun - Sinar Harian, 4 Oktober 2012.

3 Oktober 2012

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini melancarkan Buku Pelan Strategik UTeM 2012-2020 yang menggariskan enam pendekatan sebagai usaha mendukung visi menjadi universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di peringkat global menjelang 2020.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata pelan yang merangkumi perancangan masa depan UTeM dalam tempoh lapan tahun itu terbahagi kepada dua meliputi empat strategi utama dan dua strategi sokongan.

Beliau berkata empat strategi yang digariskan dalam pelan itu ialah memacu kecemerlangan pendidikan teknikal, mempelopori teknologi masa depan berasaskan pendidikan dan inovasi, melahirkan pemimpin yang mempunyai kualiti tekno-keusahawanan serta memakmur dan meningkatkan potensi komuniti termasuk industri di peringkat global.

"Kami juga merangka strategi sokongan iaitu pengurusan bakat yang menumpukan bagaimana membina tenaga kerja UTeM yang mampu menggerakkan empat strategi itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan itu dan logo baru UTeM di sini, hari ini.

Beliau berkata pelan yang dirangka bersama pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Pengarah UTeM, pelajar dan industri itu turut menggariskan strategi universiti itu membebaskan kebergantungan kewangan dari kementerian atau kerajaan dalam membiayai kos operasi.

Sementara itu Ahmad Yusoff berkata UTeM sedang membangunkan projek Kafe Hijau di bawah Program Pembangunan Kepimpinan UTeM (ULDP) secara berperingkat di semua kafeteria yang terdapat di universiti itu.

Beliau berkata projek yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu melaksanakan sistem rawatan sisa dapur melalui penggunaan tong khas bagi mengelak pencemaran akibat lebihan minyak yang dibuang di longkang atau saluran air.

UTeM juga berhasrat bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) bagi melaksanakan teknik pengkomposan sisa makanan yang boleh diguna sebagai baja pokok di bawah projek sama, katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Yusoff turut melancarkan logo baru UTeM dengan penambahan akronim 'UTeM' bersebelahan logo lama selaras visi barunya iaitu 'Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui'.

Beliau berkata penjenamaan semula logo baru ketiga itu bertujuan menyerlahkan nama UTeM sekaligus memberi imej baru yang lebih dinamik dan mampu menjadi aspirasi warga universiti itu untuk mencatat pelbagai kegemilangan di masa hadapan.- Bernama

Rabu, Oktober 03, 2012

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM Sesi 2012/2013

Hari ini berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 dan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 yang diadakan di Auditorium Canselori, UTeM.


Seramai 28 orang pelajar yang merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 menerima watikah tersebut daripada Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM diketuai oleh Yang Di-Pertua MPPnya, Saudara Mohamad Noor Rushdan Abdullah.


Terdahulu, dalam ucapan aluannya Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM, Prof Dr Marizan Sulaiman mengucapkan syabas kepada mereka yang telah terpilih dalam pilihanraya kampus minggu lepas. Beliau berharap barisan MPP yang baru ini dapat menggalas tanggungjawab yang bakal dipikul oleh mereka kelak. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan MPP Sesi 2010/2011 yang telah memberikan perkhidmatan kepada warga pelajar di UTeM.


Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan di dalam ucapannya berharap barisan MPP yang baru dapat memikul amanah yang diberikan nanti. Katanya MPP perlu bertindak sebagai 'posmen' atau pengantara di antara pengurusan universiti dan pelajar dengan mendapatkan apa-apa perkara berkaitan seperti kebajikan pelajar. Mereka kemudian perlu menambahbaik maklumbalas dan cadangan yang diterima dan melaksanakannya secara bersama.  MPP juga harus bekerja sebagai satu pasukan. Apa sahaja konsep yang ingin dimajukan hendaklah jelas serta memberikan maklumat yang sahih kepada pihak yang diwakilinya.


Menurut Naib Canselor, MPP perlu berhubung dengan cara yang betul tanpa menumpang pihak yang lain. Mereka mesti ada prinsip sendiri dan tambah beliau lagi tidak salah berbeza pendapat asalkan ianya positif.

Beliau memberikan penghargaan kepada Saudara Ahmad Saufi Ahmad Jawahir, Yang Di-Pertua MPP Sesi 2010/2011 dan barisan exconya di atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada pihak universiti.


Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada mereka yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai MPP dan berharap akan menghormati barisan kepimpinan yang lama. Katanya jawatan bukanlah suatu keisitimewaan sebaliknya tanggungjawab berdasarkan mandat yang diberikan oleh pelajar. Barisan MPP harus bekerja lebih keras jika ingin menjadi ketua dan bekerja lebih dari biasa.


Beliau berharap di samping berkhidmat kepada warga universiti, mereka perlu cemerlang dari segi akademik dan juga berpersatuan. Ini adalah asas yang perlu ada agar suatu masa nanti meeka lebih matang dalam kerjaya dan lebih kreatif.

Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengah hari ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan universiti, pegawai dan staf dari HEPA. Majlis berakhir pada jam 1.20 petang.

Buku Belum Mati, Begitu Juga Tradisi Ilmu

Artikel ini dipetik daripada Berita Harian, 3 Oktober 2012 mengenai industri buku dunia dan Malaysia yang ditulis oleh Johan Jaaffar

Judul kecil bagi buku The Gutenberg Elegies karya Sven Birkerts ialah The Fate of Reading in An Electronic Age. Buku ini menanyakan apakah benar dalam keghairahan kita mengalu-alukan era elektronik kita sebenarnya mengabaikan budaya membaca dan membunuh industri buku?


Sebenarnya manusia lebih banyak membaca daripada sebelum ini. Mungkin mediumnya berubah daripada buku atau akhbar dalam bentuk tradisionalnya kepada membaca dalam dunia siber menggunakan landasan media baru e-mel, SMS, Facebook, Twitter dan sebagainya. Melayari Internet itu sendiri menuntut ketekunan membaca. Akhbar talian menjadi pilihan baru pembaca muda, begitu juga buku dalam bentuk elektronik. Kini kita melahirkan generasi e-pembaca.

Buku belum berkubur, itulah hakikat yang harus diterima. Malah lebih banyak buku diterbitkan pada masa ini daripada zaman sebelum ini. Era elektronik sebenarnya membantu memperkaya dunia buku dan pembacaan.

Debat berkuburnya buku bukan baru. Pada tahun 50-an apabila TV mula menjadi popular, banyak pihak yang meramalkan buku akan pupus. Jumlah penerbitan buku menunjukkan sebaliknya. Menurut Gabriel Zaid dalam bukunya So Many Books, pada tahun-tahun 50-an, dunia menerbitkan kira-kira 250,000 judul setahun. Apabila mesin cetak Gutenberg memungkinkan buku dicetak secara meluas pada tahun 1450, hanya 100 judul mampu diterbitkan setahun. Pada tahun 2000, sejuta judul buku telah diterbitkan. Sebagai perbandingan pada tahun 1947, Amerika Syarikat (AS) mempunyai hanya tujuh saluran TV, pada tahun 1949 jumlah itu menjadi 50 dan 517 pada tahun 1960. Hari ini jumlahnya ribuan. Di antara tahun 1947 dan 1960, judul buku yang diterbitkan di AS meningkat dari 7,000 setahun menjadi 15,000. Stesen TV bertambah banyak kali ganda.

Pada tahun 1550 terdapat 35,000 judul buku yang diterbitkan, seratus tahun kemudian jumlah terkumpul judul buku menjadi 150,000. Pada tahun 1750 jumlahnya ialah 700,000 dan pada tahun 2000, jumlah terkumpul judul buku dunia ialah 52 juta.

Pada hari ini sebuah buku terbit setiap 30 saat. Apabila anda selesai membaca rencana ini, 2,400 judul buku baru telah diterbitkan di dunia.

Sekali lagi, buku belum berkubur. Buku akan terus menjadi wahana ilmu dan maklumat utama manusia. Buku mencorakkan tamadun. Tamadun ditunjang oleh buku. Manusia menjadi cerdik kerana buku dan kecerdikan memungkinkan kelahiran buku. Tradisi keilmuan akan dicorakkan oleh buku, dulu, kini dan selamanya.


Maka itu buku tidak boleh pupus dalam bentuk asalnya. Memang benar era elektronik hari ini mengurangkan waktu membaca manusia dalam konteks yang kita fahami dahulu tetapi tidak mengurangkan jumlah buku yang terbit. Ada pandangan yang mengatakan perpustakaan tidak lagi relevan dengan wujudnya Wikipedia. Semua maklumat boleh didapati di hujung jari. Maklumat dan ilmu pasang siap bukan tandingannya tradisi ilmu sebenar yang teruji oleh amalan kesarjanaan dan budaya fikir yang halus.

Memang benar penerbit buku dan akhbar dicabar dengan hebatnya oleh banyak medium baru dalam era elektronik. Banyak syarikat akhbar yang satu masa dahulu gah kini gulung tikar. Pada waktu yang sama banyak syarikat buku yang berdepan dengan masa depan yang malap. Kompendium ilmu yang tersohor, Encyclopedia Britannica yang bermula pada tahun 1768 mengaku kalah dek asakan elektronik lalu menghentikan penerbitan dalam bentuk tradisionalnya. Pada bulan Mac 2012, penerbit ensiklopedia itu mengumumkan bahawa edisi tahun 2012 merupakan edisi bentuk buku yang terakhir.

Di sebaliknya cerita suram dunia perbukuan, banyak lagi cerita kejayaan luar biasa yang harus kita banggakan. Penerbit masih mampu mengeluarkan judul yang dianggap buku laris dunia yang memberikan kekayaan pada penulis. Penulis yang berjaya hari ini bukan sahaja menjadi selebriti tetapi hidup kaya raya dengan royalti.

Malangnya buku paling laris di Malaysia ialah novel popular dan buku agama. Akhdiat Akasah misalnya telah menulis 87 judul novel menjadikan beliau novelis paling produktif di negara kita. Buku serius sukar dijual, termasuk buku karya Sasterawan Negara kita.

Industri buku di Malaysia sebenarnya lebih kecil daripada industri ayam pedaging. Malaysia hanya mampu menerbitkan paling banyak 5,000 judul buku setahun, kebanyakannya buku teks dan buku kerja sekolah. Kita sepatutnya menerbitkan 12,500 judul buku am setahun. DBP sendiri hanya mampu menerbitkan 300 judul baru setahun. Hari ini China menerbitkan 180,000 judul, United Kingdom 16,000, AS 60,000 dan India 49,000.

Terlalu banyak potensi untuk mengembangkan industri buku di negara ini. Apa yang diperlukan ialah usaha menyemarakkannya. Kita memerlukan komitmen semua pihak bagi tujuan ini. Kita perlu menggalakkan pembacaan di kalangan rakyat. Usaha memasyarakatkan buku dan pembacaan memerlukan strategi baru. Buku dan pembacaan masih lagi anak kunci pada tradisi fikir dan budaya ilmu.

Selasa, Oktober 02, 2012

Personal Assistant (PA)

Aku baru sahaja menerima seorang Pembantu Peribadi atau Personal Assistant atau ringkasnya PA bulan lalu.

Well, apa tugas sebenar PA? Cuba-cuba mencari maklumat ini di Google....



Sebenarnya kerja boleh menjadi sistematik dan cemerlang dengan adanya PA. PA kini bukan lagi seorang wanita malah kerjaya PA juga sudah diterokai kaum Adam. Lazimnya PA diperlukan bagi seseorang yang berada di dalam sesebuah organisasi yang banyak tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran dan mereka hanya mempunyai 'sepasang tangan' untuk bekerja. PA ialah orang yang akan 'memberikan tangan tambahan' kepada mereka untuk mengurus sama kerja-kerja yang ada. Sekiranya ada PA tetapi ianya tidak berfungsi maka tidak ada gunanya mereka di situ.

Apakah fungsi PA?

Menguruskan seorang PA bukanlah mudah kerana PA juga merupakan seorang manusia yang perlu diurus sebagai seorang manusia bukan seperti menguruskan robot atau orang suruhan. Biasanya di dalam sesebuah jabatan, PA ialah orang yang berada dekat dengan ketua atau pemimpin dan pastinya orang itu dilantik atas kepercayaan pemimpin tersebut. PA bukanlah orang suruhan untuk menyesaikan masalah dan tugasan yang diberikan dan bukan juga untuk menggantikan tugas-tugas ketua di organisasi.

Tugas-tugas yang sesuai untuk seorang PA adalah seperti berikut:


1. Ketika menghadiri mesyuarat bersama ahli jawatankuasa organisasi, PA boleh hadir sama untuk mendengar dan mencatat perkara penting berkaitan ketua/pemimpin berkenaan.

2. Ketika menghadiri mesyuarat bersama-sama pegawai lain di dalam organisasi, PA juga boleh hadir untuk mendengar dan mencatat namun elakkan dari memberi pandangan kerana biarlah pemimpin bagi PA berkenaan bercakap.

3. PA perlu tahu bidang atau skop kerja seseorang ketua atau pemimpin mereka dan berbincang dengan pemimpin berkenaan apakah sub-kerja yang boleh dilakukan oleh seorang PA sebagai contohnya dalam mendraf surat, ucapan, mengemaskini e-mail, facebook rasmi (bukan peribadi) sebagai tugas penerangan dan sebagainya. Namun begitu  seseorang pemimpin boleh menambahkan tugasnya jika mahir menguasai kecanggihan teknologi serta boleh menyiapkan kerja-kerja dengan memanipulasi aplikasi media sosial, e-mail, aplikasi google dan sebagainya. PA boleh membuat sedikit penyelidikan dan menguruskan pemimpin mereka berdasarkan aplikasi yang dicadangkan.

4. Di dalam hal-hal tertentu, PA boleh membantu di dalam memperingatkan ketua atau pemimpin untuk hadir di dalam sesuatu acara seperti mesyuarat atau perbincangan.

5. PA boleh membuat tindakan susulan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan di dalam sesuatu mesyuarat. Di samping itu, mereka boleh membentuk dan mengekalkan komunikasi serta keterlibatan dengan orang-orang penting di dalam organisasi. PA perlu mengumpul dan menyelidik maklumat yang diperlukan serta membantu dalam menyediakan slaid persembahan.

6. PA juga perlu berkoordinasi dengan rakan-rakan sejawat untuk menyempurnakan tugas-tugas yang diberikan.

7. PA harus menguruskan jadual temu janji ketua/emimpin termasuk pengurusan tempahan-tempahan hotel, kapalterbang dan lain-lain.

Paling penting ialah komunikasi dua hala di antara PA dan ketua atau pemimpin dalam melancarkan tugas-tugasnya dari masa ke semasa.

Banyak aduan pernah didengari akan tabiat ketua/pemimpin dan PA. Sesetengah PA tidak mendapat layanan sebaik mungkin daripada pemimpin dan ada juga yang tidak melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk pemimpin mereka.

Justeru, ketua atau pemimpin dan PA perlu saling faham memahami tugas di antara keduanya. PA yang banyak menolong boleh disediakan business card yang sesuai sebagai menghargai bantuan yang diberikan kepada pemimpin. Pemimpin dan PA perlu berkomunikasi dengan SMS, telefon, e-mail dan sebagainya dari masa ke semasa. Elakkan komunikasi yang tidak jelas seperti memberikan tugasan tetapi tidak jelas dari segi arahan keperluan.

PA perlu menganggap diri mereka ialah sebahagian daripada organisasi di mana kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan adalah juga hasil sumbangan daripada mereka. Belanjalah PA anda sekali-sekala dengan makanan dan minuman menggunakan elaun bulanan yang diberikan semasa anda menjadi ketua atau pemimpin.


Apapun tafsiran skop tugas PA, tugas hakikinya ialah berada di samping ketua/pemimpin dalam konteks kerja dan membantu menyelesaikan tugas dengan sebaik mungkin.

Isnin, Oktober 01, 2012

Menjamu Selera Di Pizza Hut

Petang ni kami sekeluarga singgah di Pizza Hut Ayer Keroh. Di sebelahnya terletaknya satu lagi restoran makanan segera iaitu KFC. Kedua-duanya baru sahaja beroperasi beberapa minggu yang lalu. Lokasi yang strategik dan keceriaan bangunannya membuatkan anak-anak sangat teruja untuk singgah dan menjamu selera di sini. Bagi pelanggan, pilihan ada dua sama ada makan di restoran atau memesan secara pandu lalu dengan kemudahan parkir yang banyak. Pendek kata lokasi baru ini sungguh selesa.


Sebenarnya kami dalam perjalanan menghantar Arif pulang ke asrama di SBPI Selandar. Arif pulang ke rumah pada hari Sabtu lepas kerana demam. Setelah dibawa berjumpa doktor, Arif dinasihatkan berehat dan mendapat MC pada hari Isnin. Setelah makan ubat dan mendapat rehat secukupnya, Arif memaklumkan untuk pulang ke asrama petang itu.


Sudah lama kami sekeluarga tidak makan bersama di Pizza Hut. Kadang-kadang tidak tertelan rasanya bila makan di luar tanpa semua ahli keluarga di sisi.


Aku meminta anak-anak memilih apa sahaja menu yang ingin dinikmati mereka. Seperti biasa, piza yang dipesan ialah piza Chicken Supreme bersaiz sederhana, dua piza pepperoni delight kecil (kids meal), garlic breadstix dimakan bersama mushroom soup, tempura king prawns dan tempura calamari rings. Arif mencuba menu baru iaitu cheese baked rice manakala Alim dan Miza tidak lupa memesan ais krim. Minuman yang dipesan pula ialah mountain dew, hot lipton tea untuk Arif yang baru nak baik demam dan Milo sejuk untuk Miza dan Alim.


Tidak cukup dengan makanan yang ada, Ida ke bangunan bersebelahan untuk memesan ayam goreng KFC. Mewah makan anak-anak ini. Sungguh berselera sekali. Sambil makan sambil bergambar.

Kami di sana lebih kurang 40 minit dan jam 7.40 malam kami bergerak ke Selandar.
Dan hari ini aku berpuas hati kerana hajat untuk makan bersama anak-anak khususnya Arif tercapai.