Sabtu, September 25, 2010

Festival Membaca 2010 - Aktiviti Berterusan

Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM diteruskan dengan aktiviti Hari Bertemu Pelanggan dan Jumble Sale yang telah diadakan pada hari Jumaat, 24 September 2010.

Hari ini, 25 September 2010, aktiviti Jumble Sale iaitu jualan buku-buku dengan potongan harga (diskaun) masih diteruskan. Aktiviti lain yang mewarnai Festival Membaca 2010 pagi ini ialah Spell It Right, Pertandingan Mewarna, Bijak Jawi dan Buku Kegemaran Saya. Semua pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat secara berperingkat pada jam 11.15 pagi.

Pengadil terlibat ialah Ustaz Mohd Hizudin Aswad Ahmad bagi aktiviti Bijak Jawi manakala Puan Norfazilah dan Puan Nooraini untuk Buku Kegemaran Saya.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pustakawan pada jam 11.30 pagi dalam satu Majlis Penyampaian Hadiah diadakan secara ringkas pagi ini.

Festival Membaca 2010 diadakan bertujuan menarik pengunjung ke perpustakaan. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Majlis Bicara Ilmu pada 21 September 2010. Program seterusnya ialah Exploread yang dijangka diadakan pada 29 September 2010 manakala Majlis Bicara Tokoh dan Perasmian Penutup Festival Membaca 2010 akan diadakan pada 6 Oktober 2010.

Keputusan:

Pertandingan Mewarna
Kategori A - 4 tahun
1. Durrah Rasikhah Abdul Salam
2. Puteri Nurizzati Muaat
3. Rafiq Aminuddin Rahmat

Kategori B - 5 hingga 6 tahun
1. Muhammad Hafizzudin Zuraini
2. Muhammad Haiqal Zuraini
3. Safwattun Nadwah Abdul Salam

Spell It Right
Kategori A - 7 hingga 9 tahun
1. Qamarul Irfan Wahid
2. R. Arvitha Ramanan a/l Ramesh
3. Mohammad Amarulhakim Mohd Fairuz

Kategori B -10 hingga 12 tahun
1. Al-Hadi Md. Isa
2. Nur Zayanah Zainudin
3. R. Kuhan Raamkrishna a/l Ramesh

Bacaan Kegemaran Saya (BKS)
Kategori A - 7 hingga 9 tahun
1. R. Kuhan Raamkrishna a/l Ramesh
2. Aslah Nurhusna Mohd Asri

Kategori B - 10 hingga 12 tahun
1. R. Arvitha Ramanan a/l Ramesh

Bijak Jawi
1. Madihah Jamaludin - SMA Al-Ehya El-Karim
2. Muhammad Nashrul Hakim Mohd Nazri - SMK (A) Sultan Muhammad
3. Nur Zulikha Mohd Radhi - SMA Al-Asyraf

Foto-foto Majlis Penyampaian Hadiah
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan