Isnin, 27 September 2010. Sedang aku sibuk melayari internet untuk mencari maklumat tentang pembacaan buat menyiapkan teks ucapan pada Majlis Bicara Tokoh nanti, tiba-tiba telefon berdering. Fendi, rakan sekerja di Unit Pentadbiran memaklumkan satu perbincangan akan diadakan pada jam 10.30 pagi berkenaan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat universiti yang akan diadakan pada 29 September 2010.
Pukul 10.30 pagi, perbincangan dimulakan. Seperti tahun-tahun lepas aku ditugaskan sebagai Jawatankuasa Sambutan tetapi tidak pada tahun ini. Aku ditugaskan untuk Jawatankuasa Keceriaan. Satu cabaran buat aku di mana tugasan ini menuntut kerjasama padu dan masa yang panjang daripada setiap ahli. Senarai ahli diedarkan.
Petang itu, pukul 2.30 petang, kami bermesyuarat. Berbagai pendapat dan pandangan diluahkan terutama yang berkaitan dengan konsep gerai dan tempoh masa yang singkat untuk membuat persiapan. Setelah perbincangan berjalan hampir setengah jam, akhirnya kami bersetuju mengangkat konsep kampung sebagai tema gerai kami.
Selasa, 28 September 2010. Pukul 10.30 pagi, kami dalam Jawatankuasa Keceriaan mengadakan perbincangan sekali lagi dan melihat persediaan untuk dibawa ke gerai. Setelah aku berpuas hati dengan hasil perbincangan, akhirnya kami berjanji untuk berjumpa di gerai pada jam 3.00 petang.
Petang itu sewaktu tiba di gerai, kami lihat staf setiap jabatan sudah memulakan persiapan menghias gerai. Fikir aku, ini boleh membakar semangat kerja kami....Masing-masing cuba mengeluarkan idea bagaimana nak menghiaskan gerai mereka. Akhirnya sampai waktu balik, sesetengah staf terus pulang. Fikir aku mungkin mereka ini mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga mereka.
Namun begitu ada juga rakan-rakan yang setia menunggu dan menyumbang idea serta tenaga sehingga matahari terbenam. Dan malam itu juga kami 'open table' sebagai menghargai penat lelah rakan-rakan yang sama-sama bertungkus-lumus menyempurnakan misi kami pada petang itu.
Buat rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan idea, terima kasih dariku dan aku berharap semoga misi kita kali ini berjaya....
Amin...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan